gambar sekadar hiasan
Fakta Yang Patut Kita Tahu Tentang Syiah (23 Ciri-Ciri Syiah)
Ulama tersohor telah mengeluarkan fatwa mengatakan bahawa Golongan Syiah harus ditentang. Bagi kita orang biasa ini pasti ingin tahu serba sedikit mengenai ajaran Syiah ini. Justeru, di sini diberitahu serba sedikit mengenai ajaran Syiah iaitu antara ciri-ciri ajaran mereka.
23 Ciri-Ciri Syiah Yang Wajib Kita Tahu
- Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu di bahagain atas kaki seperti memakai khuf.
- Ketika qiam solat, mereka menjatuhkan tangan ke bawah tanpa meletakkan tangan di atas pusat.
- Kebanyakkan pengikut Syiah ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.
- Pengikut Syaih juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.
- Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.
- Menghalalkan nikah mutaah.
- Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w. dan isteri-isteri Nabi.
- Mencela iamam-imam sunnah seperti imam-iamam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.
- Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi Khalifah daripada Saidina Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.
- Mengatakan bahawa Al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari Al-Quran yang ada.
- Seorang Syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman , Muawiyah dan Aisyah.
- Beriktikad Imam-imam 12 mereka adalah maksum ( bebas daripada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar). bahkan ada dalam kalangan ulam-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-nabi dan mailakat-malaikat yang paling hampir dengan Allah.
- Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi.
- Rukun Islam yang pertama bagi ahli Sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi Syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu di sisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dri imam-imam 12 maka jatuh kafir.
- Kain kafan mayat mereka bertulis.
- Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.
- Meletakkan gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.
- Suami halal meliwat isteri.
- Harus takiyah (boleh menipu/ berpura-pura) untuk menarik ahli Sunnah masuk Syiah.
- Mereka tidak mempunyai solat taraweh. Jika ada, orang Syiah yang bertaraweh itu bermakna mereka bertakiyah.
- Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka daripada menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.
- Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
- Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bi Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Hussien B Ali, pengikut Syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong. Tetapi di pakistan dan Labenon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Di tempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.
Mungkin ada lagi perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh Syiah yang tidak dinyatakan di sini. Terdapat kenyataan mengatakan bahawa dalam kalangan Pensyarah Universiti Awam di Malaysia, golongan Syiah disebarkan. Bayangkan, pelajar-pelajar ini disesatkan oleh pensyarah mereka sendiri. Jelas, melalui pelajar Syiah dapat dikembangkan.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)