Datin Seri Rosmah Aktif, Menteri Jangan Terasa Hati
SHAH ALAM - Keaktifan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam persada politik bukan untuk menggantikan peranan Kabinet.Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata apa yang dilakukan Rosmah adalah sekadar membantu serta mewakili suami dalam perkara tertentu.
Menurutnya, menteri Kabinet tidak perlu terasa hati dengan tindakan isteri pemimpin nombor satu negara itu.
"Saya lihat apa yang dia lakukan bukan untuk menggantikan peranan menteri, tapi beliau hanya mahu membantu atau mewakili tugas suaminya.
"Menteri jangan kecil hati," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Jayum juga berkata, usaha Rosmah dalam kebajikan masyarakat juga adalah perkara yang baik untuk membantu masyarakat dalam peranannya.
Semalam, bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.
Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.
“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.
“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa”.
Suhubungan itu, apabila diminta mengulas mengenai tulisan A.Kadir itu, Jayum berkata, perkara itu tidak perlu ditulis.
Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Rosmah tidak perlu untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kabinet kerana beliau mempunyai peranan yang tersendiri.
Katanya, kehadiran Rosmah dalam banyak majlis tertentu adalah salah satu peranannya sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara.
"Rosmah ada peranannya yang tersendiri.
"Dia sebagai isteri Najib akan memberi semangat kepada Najib," ujarnya.
Selain itu, Azizuddin juga berkata untuk melantik Rosmah menjadi salah seorang menteri di Kabinet adalah tidak sesuai.
"Kita tak ada tradisi macam itu, nanti wujud pula Kabinet mengamalkan nepotisme," katanya lagi.
Sumber
this is bullshit..!! fuck this shit..! baik lantik anak beranak najib terus..
ReplyDelete