ARWAH PESAN SURUH BACA SMS SEBELUM MENINGGAL

                    Arwah Pesan Suruh Baca SMS Sebelum Keluar Rumah. Seorang lelaki ditemui mati lemas di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Bangsal Lebah, Kayang
KANGAR – Seorang lelaki ditemui mati lemas di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Bangsal Lebah, Kayang, petang kelmarin.
Mohd Zairil Affendi Ariffin, 23, ditemui terapung di sungai itu kira-kira jam 6.45 petang oleh abangnya Mohd Zaiful Anuar, 27, yang keluar mencarinya selepas dia tidak pulang setelah keluar pada petang Ahad.
Menurut adik bongsunya Zuryani, 21, abangnya itu mula berkelakuan aneh sejak dua tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Abang saya mula bersikap murung dan sedih selepas kemalangan itu yang hampir meragut nyawanya dan baru-baru ini, dia pernah dimasukkan ke Wad Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
“Tapi sebelum dia keluar rumah petang kelmarin (Ahad), dia ada pesan saya supaya membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbitnya jika dia tidak pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik di sini semalam..
Ujar Zuryani setelah abangnya tidak pulang pada malam itu barulah dia membaca SMS berkenaan.
“Saya terkejut membaca SMS itu yang menggambarkan dia akan pergi buat selama-lamanya, selepas itu saya terus memberitahu abang Zaiful supaya mencari Mohd Zaiful.
“Abang saya pergi mencarinya di sekitar kampung sehingga lewat malam sebelum meneruskan usaha mencari bersama sepupu kami pagi kelmarin, sehinggalah dia ditemui pada sebelah petang,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar berkata, laporan bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat lemas dan pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

SUMBER
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)