Wajah Suspek Kes Bunuh Ketua Penguatkuasa Jaip Diedar
Setiap perbuatan itu pasti ada balasannya. Itu sudah ketentuan Ilahi. Elaklah macamana, jika Allah mahukan pembalasan dan keadilan itu dinyatakan di dunia, maka itulah jadinya. Terkini, lakaran wajah suspek kes bunuh pegawai kanan JAIP telah pun dikeluarkan oleh pihak polis.Wajah Suspek Kes Bunuh Pegawai Kanan JAIP
Memetik dari Berita Harian Online:
KUANTAN: Polis Pahang hari ini mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.
"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media sebentar tadi.
Saya ingin mengucapkan takziah pada keluarga mangsa. Dan saya harap dengan adanya lakaran ini, dapatlah kes ini diselesaikan segera. Saya yakin ramai di luar sana yang mahu bantu polis untuk tuntut keadilan bagi keluarga mangsa.
Ini satu yang sungguh mendukacitakan apabila kes bunuh pegawai ini dikaitkan dengan kerjanya menghapuskan kemungkaran di muka bumi Allah. Jika setiap hari, orang yang bertanggungjawab ini dibunuh kejam dan dibiarkan sendiri, maka akan berleluasalah kes-kes yang akan mendatangkan bala kepada semua.
Jika anda ada maklumat berdasarkan lakaran wajah suspek yang diberikan, sila berhubung dengan mana-mana balai dan ibu pejabat PDRM berdekatan
.
Sumber
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)