Individu Buang Bayi Yang Ditemui Di Logi Kumbahan Dicari Pihak Polis
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, berdasarkan bedah siasat dijalankan, mayat bayi yang ditemui itu disahkan perempuan dan berusia 28 minggu.
Menurutnya, punca kematian bayi perempuan iaitu disebabkan kelahiran pra matang dan berdepan masalah jantung berlubang.
“Spesimen bayi seperti paru-paru dan hati diambil untuk ujian DNA dan toksikologi.
“Ia kemudian diserah ke jabatan kimia untuk dianalisis,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, susulan kes penemuan mayat bayi itu, pihaknya akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Katanya, pihaknya kini giat mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.
“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Genting Highlands 09-610 1222 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, 09-223 1999,” katanya.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Rabu lalu, anggota polis dari Balai Genting Highlands yang meronda menemui mayat bayi terapung dalam loji kumbahan.
Mayat ditemui dalam keadaan sempurna dan mengalami sedikit kecederaan di bahagian badan.
Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)