Tahniah !! Faizul Juara Akademi Fantasia (AF) 2013

Tahniah !! Faizul Juara Akademi Fantasia (AF) 2013

Semalam, telah berlangsungnya Konsert Akademi Fantasia 2013 yang disiarkan secara langsung dari Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Konsert AF musim kesepuluh ini mempertandingkan seramai 12 orang pelajar, dimana setiap mereka diuji dengan pelbagai jenis genre lagu, kekuatan personaliti dan penggunaan pentas serta persembahan untuk merangkul gelaran juara bagi musim ini.


Jika tahun lepas menyaksikan Hazama merangkul trofi tempat pertama, untuk tahun ini, Faizul yang membawa lagu baru Sepasang Sayap ciptaan Amir Jahari & AG Coco telah berjaya merampas trofi tersebut sekaligus dinobatkan sebagai juara Konsert Akademi Fantasia 2013.
Membariskan 3 orang juri tetap, Edry Abdul Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz, konsert akhir ini turut diserikan dengan persembahan oleh Datuk Siti Nurhaliza yang tidak dijangka oleh peminat.Persembahan pembukaan pula telah dibuka khas oleh duo pelajar yang telah diserap kembali ke dalam Akademi Fantasia iaitu Azhael, dengan lagu Penglipurlara.


Menariknya, konsert ini turut diserikan dengan gimik daripada Ady Putra semasa Aisyah mendendangkan lagu terbarunya, Mimpi.
Tidak cukup disitu, Johan selaku wakil daripada radio Era turut memeriahkan majlis dengan mempersembahkan lagu Sahabat secara solo di konsert tersebut.
Namun, apa yang pasti, Azhael telah memenangi anugerah terbaru iaitu AF Buzz, dimana dia dipilih berdasarkan daripada pengikut yang mengikuti perkembangannya melalui laman sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya.
Pada dasarnya, setiap individu pasti mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri. Oleh itu, mari ikuti senarai penuh pemenang untuk Konsert Akademi Fantasia musim ke-10 selepas ini:
Juara – Faizul
Membawa pulang wang tunai sebanyak 100 ribu ringgit, kontrak rakaman bernilai 100 ribu ringgit dan sebuah trofi.
Naib Juara – Azheal
Membawa pulang wang tunai sebanyak 30 ribu ringgit dan sebuah trofi.
Tempat ketiga – Amira
Membawa pulang wang tunai sebanyak 20 ribu ringgit dan sebuah trofi.
Anugerah AF Buzz – Azhael


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)