Kejutan Terbaik ! Zizan Menangis Ketika Johan Muncul Di Konsert Akhir AF 2013

Kejutan Terbaik  ! Zizan Menangis Ketika Johan Muncul Di Konsert Akhir AF 2013

Kejutan ! Zizan Menangis Ketika Johan Muncul Di Konsert Akhir AF 2013

Pertemuan Johan dan Zizan di Pentas Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013


Tarikh 17 November 2013 merupakan tarikh berlangsungnya Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013. Tarikh ini juga mencatat memori untuk persahabatn yang terjalin antara Johan dan Zizan atau dikenali juga dengan Jozan.



Pihak produksi Akademi Fantasia 2013 dan juga Astro telah mempertemukan dua insan ini yang telah lama tidak bertemu disebakan kesibukan masing-masing. Kebenarannya terselit kerinduan antara mereka yang telah dizahirkan di laman Instagram.

Kehadiran Johan di pentas akhir Konsert Akademi Fantasia 2013 bukan hanya memberi kejutan kepada Zizan tetapi para peminat yang menonton Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013. Zizan yang kelihatan terharu dengan kehadiran Johan sehingga berair mata dibuatnya.


Mereka juga menyanyikan bait-bait lagu Sahabat Selamanya nyanyian Padi yang juga dinyanyikan mereka di dalam pementasan Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya. Terserlah keakraban antara mereka yang tidak dapat menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 kerana komitmen Zizan terhadap Akademi Fantasia 2013.

Moga persahabatan yang terjalin antara mereka akan berkekalan selamanya. Bukan senang punya sahabat yang sentiasa bersama masa susah dan senang serta menganggap sahabat sebagai sebahagian dari keluarga sendiri. Sahabat Selamanya :)


*Hashtag #Jozan jadi trending di Twitter


Sumber

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)