Tetakan Parang Cemburu Si Isteri!

Tetakan Parang Cemburu Si Isteri!

tetak
KECEDERAAN di kepala mangsa akibat tetakan parang oleh isterinya.

Segamat: "Saya tanya dia sama ada mahu bersarapan roti canai bersama saya atau tidak. Dia diam saja dan terus masuk ke dapur.

"Tiba-tiba dia keluar (dari dapur) dengan parang di tangan dan terus menetak saya," kata pekerja ladang dikenali sebagai Azmi, 57, yang cedera di kepala dan badan akibat ditetak isterinya, kelmarin.

Kejadian itu yang berlaku jam 10 pagi di rumah pasangan berkenaan di sebuah ladang kelapa sawit di Jementah dekat sini, dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu.

Akibat kejadian itu, Azmi mendapatkan rawatan di Hospital Segamat, di sini dan menerima 13 jahitan di kepala serta enam di belakang badan, sebelum dibenarkan pulang, semalam.

Azmi berkata, mujur dia dapat merampas parang daripada isterinya dan segera berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebelum dibawa ke Hospital Segamat oleh jiran – Hmetro Online
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)