Nana 'Ditendang' Gara-Gara Enggan Membuka Tudung!

Nana 'Ditendang' Gara-Gara Enggan Membuka Tudung!



Kadang kala dugaan orang yang dah berhijrah menutup aurat aka bertudung mempunyai dugaan yang tidak diduga. Memetik portal Utusan semalam, Nana atau Siti Nordiana diduga agar dibuka tudungnya ketika sebelum waktu persembahan dimulakan.

Dan akibatnya, Nana 'ditendang' keluar kerana enggan memberikan kerjasama atau berdegil kerana menegakkan iman di dalam dirinya. Baguslah macam itu, membuktikan yang Nana ikhlas dalam menjalankan kewajipan menutup aurat. :)

"Sebolehnya saya tidak mahu bercerita berhubung perkara ini kerana ia bukanlah suatu perkara yang manis tetapi apabila ada pihak bertanya, tidak salah rasanya kita berkongsi.

"Perkara ini berlaku pada sambutan Aidilfitri yang lalu di negara jiran, pada mulanya nama saya sudah tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan.

"Tetapi pada waktu tersebut, mereka tidak tahu saya sudah berhijab, jadi beberapa hari sebelum tarikh persembahan mereka meminta saya untuk membuka tudung dan pastinya saya tidak bersetuju dengan permintaan mereka.

"Disebabkan itu juga, nama saya digugurkan pada saat-saat akhir. Saya tidaklah berasa kecewa atau terkilan kerana saya percaya, rezeki ada di mana sahaja dan yang penting adalah usaha kita," -Nana


Sumber 
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)