Paling Gempar! Anak Kerbau Lahir Seakan-akan Bentuk Manusia!

Paling Gempar! Anak Kerbau Lahir Seakan-akan Bentuk Manusia!


Kejadian-kejadian aneh dan pelik sering berlaku di sekeliling kita sama ada sedar atau tidak. Fenomena haiwan melahirkan anak seakan-akan manusia sudah kerap kali didedahkan..Cerita ini merupakan salah satu daripada pendedahan tersebut.. Sama ada betul ataupun tidak, hanya Allah Maha Mengetahui..


BAGI sesetengah orang, kelahiran anak haiwan yang memiliki sifat fizikal seperti manusia mungkin dianggap sebagai akibat kesilapan genetik. Namun, ramai antara mereka yang berfikiran tradisional menganggapnya sebagai satu keajaiban.


Cerita mengenai kelahiran seekor anak kerbau yang menyerupai bayi manusia pernah dilaporkan berlaku di sebuah wilayah di Thailand apabila ia kelihatan seolah-olah seorang bayi yang mempunyai ekor.

Penduduk kampung tersebut percaya bahawa kelahiran itu akan memberi tuah kepada seluruh penduduk biarpun ia terus mati sejurus dilahirkan.


Secara fizikalnya anak kerbau berwarna hitam itu memiliki bentuk yang pelik. Ia boleh berbaring secara terlentang dan memiliki kepala yang persis manusia. Kuku kaki dan tangannya pula seperti seekor kerbau biasa.

Bangkai anak kerbau yang diletakkan di dalam sebuah bangsal itu menjadi tempat penduduk melakukan pemujaan terhadapnya.


Bagaimanapun maklumat sahih mengenai kejadian itu tidak dipastikan kerana tiada maklumat yang didedahkan selain daripada gambar yang disebarkan di internet. Kelahiran aneh tersebut didakwa berlaku pada tahun 2007.

Kopilekat : Apa-apa pun, hendaklah kita bertakwa kepad Allah swt..Sesungguhnya Allah Maha Mengtahui..



Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)