Sekeping surat dan RM50 di sisi mayat bayi depan pintu masjid


Sekeping surat dan RM50 di sisi mayat bayi depan pintu masjid

Kulaijaya: Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam balutan kain putih apabila diletakkan dalam sebuah bakul yang ditinggalkan berhampiran pintu pagar Masjid Jamek Ar-Raudah dekat Saleng di sini, awal pagi tadi.  



Sekadar Hiasan

Saksi yang juga noja masjid, Hassan Mohd Tap, 63, berkata penemuan mayat bayi itu disedari apabila seorang jemaah mencurigai sebuah bakul bayi ditinggalkan berhampiran pintu pagar masjid sebelum solat Subuh.

"Curiga keadaan itu, jemaah berkenaan memeriksa keadaan bakul terbabit sebelum terkejut besar apabila mendapati ia mengandungi mayat seorang bayi perempuan, sebelum bergegas memaklumkan kejadian itu kepada kami semua yang berada dalam masjid.


"Ketika turut sama melihat keadaan mayat bayi itu, saya dapati satu sampul surat mengandungi sekeping nota diletakkan pada sisi mayat bayi terbabit yang dipercayai ditulis seorang wanita yang memohon jemaah masjid ini supaya menyempurnakan jenazah anaknya.

"Turut disertakan sekeping RM50 dalam sampul surat sama," katanya ketika ditemui di masjid itu, tengahari tadi. BH

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. sekiurang2nya dia x bunuh... x per. dia taubat kira ok... huhu

    ReplyDelete
  2. dlm keadaan serba salah dan tertekan,,,

    ReplyDelete
  3. Sy tak rasa dia kejam.. tp dia terdesak dan terpaksa... nampak rasa keinsafan tp dia tak tau nak buat apa.. hanya mohon pertolongan .. doakan moga ibu ini bertaubat .. doakan yang terbaik utk ibu ini...

    ReplyDelete
  4. bersyukur la si ibu x pam ank die dlm lubang tandas..at least die dh insaf & x tau nk wt pe dlm keadaan yg stress..

    ReplyDelete
  5. dia akn hidup dlm keadaan bersalah selama2nya...

    ReplyDelete
  6. hati nak taubat tapi dah terlajak,tak bole rev lagi.

    ReplyDelete
  7. x perlu tuduh sana sini.. tengok cermin tengok wajah sendiri,tepuk dada tanya iman. Ini semua dugaan masing2.. :)

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)