Alhamdulillah,dapat hidayah selang 30 minit

Alhamdulillah,dapat hidayah selang 30 minit

Shah Alam: Seorang wanita penganut agama Kristian akhirnya terbuka hati untuk mengucap dua kalimah syahadah selepas sekian lama memendam perasaan berbuat demikian hanya selepas 30 minit menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) rakan yang memaklumkan dia sudah memeluk Islam.
Beneda Dayabil Bontuyan, 41, dari Filipina berkata, niatnya untuk memeluk Islam dipendam sejak 2006, tetapi belum bersedia menukar agama sehinggalah jiwanya berasa kosong sejurus mengetahui rakannya itu sudah mengucap dua kalimah syahadah.
Katanya, ketika menerima SMS daripada rakannya kelmarin, dia juga ingin segera bergelar seorang Muslim.
“Ketika di Dubai pada 2006, saya pernah pergi ke sebuah masjid di situ untuk mengucapkan dua kalimah syahadah, tetapi saya tangguhkan.
“Baru semalam, hati saya untuk bergelar hamba Allah semakin kuat apabila namanya sering bermain dibenak fikiran saya dan terasa jiwa seperti kosong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melafazkan dua kalimah syahadah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.
Beneda diIslamkan Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Ahmad Mustaffa Mohd Siddin.
BENEDA (tengah) dipeluk jemaah wanita sebaik mengucap dua kalimah syahadah, semalam.
Beneda berkata, dia memilih Nurul Hidayah sebagai nama Islamnya kerana bersesuaian dengan maksudnya iaitu cahaya petunjuk. “Saya anggap ini petunjuk Allah. Tidak pernah saya rasa setenang ini tatkala menyebut nama sang pencinta alam, Allah,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Islamic Outreach ABIM Khalid Abdul Samad berkata, seramai 40 sukarelawan akan menjadi tenaga pengajar melalui konsep mentor mentee.
Katanya, pengetahuan dan pengamalan asas mengenai Islam seperti fardu ain, mandi wajib, berwuduk dan menunaikan solat lima waktu akan diberikan penekanan.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)