Gempar!!Bayi Berusia 12 Hari Mati Dipanggang
Beijing: Seorang bayi yang baru lahir didakwa maut ‘dipanggang’ dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam.
Gambar bayi berusia 12 hari itu terdedah kepada umum selepas ia beredar di kalangan pengguna Weibo, sejenis laman sosial menyerupai Twitter.
Melalui gambar itu bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja.
Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan.
Beberapa kakitangan hospital berada di sekeliling meja itu dengan sesetengahnya mengambil gambar bayi malang itu.
Disebabkan keadaan imej itu sangat mengerikan laman sesawang dalam talian yang memperoleh gambar itu mengaburkan kebanyakan butirannya.
Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam “kemalangan ngeri” di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China.
Beijingcream.com melaporkan bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema.
Bagaimanapun suhu dalam inkubator itu terlalu panas menyebabkan bayi terbabit akhirnya meninggal dunia.
Media juga melaporkan semua rakaman kamera litar tertutup pada malam itu dipadamkan.
Pihak hospital juga enggan mengambil tanggungjawab atas kemalangan itu. - Agensi
cina mmg kejam..
ReplyDeletekenapalah pihak hospital x brtanggungjwb....
ReplyDeletekejam..saman je pihak hospital tu..
ReplyDeleteank kedua aku pernah di biar lama kat tu.. anak sya nangis hampir sejam, xda seorg jrurawat pun yg p tengok.. dlm wad sya balik2 tanya ank sya da siap mnyusuh atau lum g... boleh drg jwb blum g.. padahal da sejam meraka ambil bg susu.. dr wad bsalin sya terdegar bayi nangis kuat.. naluri seorg ibu kuat, sy p masuk ja bilik tu, anak sy nangis sampai sarut suara.. kwn sama wad bg tau sy bayi sya lama da nangis.. merah2 kulit anak sy kepanasan.. nasib baik sy ambik...
ReplyDeletedorang tak tengok2 ka suhu inkubator tu? mmg x bertanggungjawab btul lah . .
ReplyDelete