Gempar!!Allahuakbar..Bayi berkepala dua.


Gempar!!Allahuakbar..Bayi berkepala dua..



ANAK istimewa pasangan Usman dan Munjiah masih dirawat di hospital


Jogjakarta: Sepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala.


Menurut bapa bayi terbabit, Usman, pada  peringkat awal dia memang terkejut dan panik apabila mengetahui keadaan fizikal anaknya itu tidak normal.


“Saya tidak pernah mendapat sebarang firasat dan tidak menyangka keadaan ini berlaku.



“Bagaimanapun saya dan isteri ikhlas menerima keadaan anak ini kerana ia adalah takdir Tuhan,” katanya.


Anak lelaki Usman itu dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya di Majenang, Cilacap, Jawan Tengah kira-kira jam 9.30 malam pada Rabu lalu dengan berat 4.2 kilogram.


Pengarah hospital, Tatang Mulyana berkata, bayi itu sihat dan dilahirkan melalui pembedahan.



Kata Tatang, ia adalah anak kedua kepada pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, yang menetap di Purwosari.


Menurut Usman, dia berharap bayi itu selamat dan sihat. Pada masa sama, Usman mengakui dia bingung apabila memikirkan jika anaknya itu terpaksa dirawat lebih lama di hospital. “Rumah saya jauh dan tentu memerlukan perbelanjaan tinggi untuk berulang-alik,” katanya. Sementara itu, Tatang berkata, anak Usman tidak dianggap kembar siam kerana hanya memiliki dua kepala, sedangkan organ dalaman lain normal selain sepasang tangan dan kaki.



“Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai ‘dicephalus parapagus on joined twins’ atau kembar mulai dari leher hingga kepala.


“Ia mungkin berlaku akibat perubatan genetik ketika janin berusia dua minggu,” katanya. - Agensi.Sumber




Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. hurm alhamdlh keluarga dia terima seadanya.. xtercapai dek akal sy keadaan mcm nie.. 2 kepala 1 badan means 1 hati kan.. so mcm mna hati nak ikut 2 kepala... hebat ciptaannya.. hope anak2 tu membesar dgn selamat. amin..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..masih ada yang mpunyai hati dan perasaan..yang sntiasa mengagungkan ciptaan Allah..Amin..

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)