Petugas Lupa Tutup Mesin ATM Lepas Selenggara

Fuh Gila!! Lupa Tutup Mesin ATM Lepas Selenggara

Petugas Lupa Tutup Mesin ATM Lepas Selenggara | GEORGETOWN – Petugas sebuah syarikat keselamatan terlupa mengunci semula penutup sebuah mesin deposit tunai (ATM) menggemparkan orang ramai yang ingin mengeluarkan wang di situ, malam semalam.
Difahamkan, petugas itu dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan bank berkenaan yang terletak di Jalan Datuk Keramat kerana mahu ke cawangan lain untuk memproses penyelenggaraan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata, siasatan polis di lokasi mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan ia berpunca dari kesilapan petugas syarikat keselamatan terbabit.
Beliau berkata, kejadian disedari anggota polis yang kebetulan membuat pemeriksaan dan rondaan di kawasan bank ternampak penutup mesin terbabit dalam keadaan terbuka kira-kira jam 10.30 malam.
“Anggota berkenaan membuat laporan awal kerana bimbang ia angkara penjenayah“Sepasukan polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan terpaksa meminta bantuan pengurus bank untuk melihat rakaman CCTV yang dipasang di premis itu,” katanya kepada media di lokasi, hari ini.
Bagaimanapun, beliau menambah: “ia bergantung kepada pemeriksaan lanjut yang akan dibuat untuk melihat baki wang dalam mesin berkenaan.
“Jika didapati ada kehilangan wang, kes itu akan disiasat sebagai satu perbuatan jenayah.
Nasir menambah, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan mesin yang mempunyai wang dan membuka ruang kepada penjenayah untuk memecahkannya sekaligus mengambil wang di dalamnya.
Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan daripada dua petugas syarikat keselamatan berkenaan dan jika disebabkan kecuaian, mereka mungkin dikenakan tindakan oleh majikan.
Sementara itu, tinjauan di tempat kejadian mendapati, orang ramai memberhentikan kenderaan untuk menyaksikan kejadian itu kerana menyangkanya perbuatan penjenayah.
Pengurus bank terbabit ketika ditemui Sinar Harian bagaimanapun enggan mengulas lanjut.





Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)