Ngeri! Misteri Bungkusan Jatuh Lalu Meletup Dari Siling Rumah

Ngeri! Misteri Bungkusan Meletup Dari Siling Rumah | Mungkin anda sendiri terfikir bagaimana bungkusan yang berada di siling rumah, tiba-tiba terjatuh lalu meletup terkena seorang budak lelaki. Difahamkan letupan itu adalah merupakan bungkusan yang berisi mercun yang dipercayai meletup secara tiba-tiba. Pasukan forensik juga mengesahkan letupan yang berlaku adalah disebabkan mercun yang berada dalam bungkusan tersebut. Ekoran daripada kejadian tersebut, budak lelaki ini mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan tangan.
mercun
Kota Bharu: Seorang kanak-kanak hancur tangan kiri selepas sebuah bungkusan yang jatuh dari siling rumah tiba-tiba meletup ketika sedang mengira duit raya di ruang tamu rumah neneknya di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.
Kejadian jam 8.45 malam itu menyebabkan Mohd Harith Danial Errman, 8, dikejarkan ke Hospital Besut sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.
Dia turut menerima beberapa jahitan apabila turut tercedera di mulut.
Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidilfitri.
Bagaimanapun, bapanya, Errman Mohd Yusof, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori bergegas pulang melihat anaknya di hospital sebaik dimaklumkan kejadian itu.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. macam macam boleh jadi harini. hmm

    ReplyDelete
  2. adik sabar yea.. setiap titisan air mata dan darah yg mengalir tu adalah kekuatan dan rezeki adik.. sape yg melakukan begitu maka akan binasalah dia.. darah tutut darah.. sabar yea.. mesti org tu kene balik.. pasnie hati2 yea..

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)