KETAHUI...Tanda Awal Anda Mendapat Penyakit Kanser

 

KETAHUI...Tanda Awal Anda Mendapat Penyakit Kanser | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Sebenarnya. dari peringkat awal kanser menyerang tubuh kita, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan yang tanda-tanda itu sebagai 'Tidak apa-apa', cuma sakit biasa sahaja. Kita pun mengambil langkah 'bijak' kita sendiri iaitu menelan panadol atau membeli ubat di farmasi. Disini saya ingin kongsikan tanda-tanda awal penyakit kanser pada anda. 

  • Kanser darah (leukemia) – pucat, letih,mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infleksi). 
  • Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit. 
  • Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelam dan kelenjar membengkak di leher.
  • Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
  • Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti. 
  • Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen(perut), hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak. 
  • Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersanggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam. 
  • Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan, atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersanggama dan turun berat badan. 
  • Kanser payu dara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada. 
  • Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan. 
  • Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air besar.

Semoga bermanfaat pada semua.. :)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)