GEMPAR! BENARKAH SHILA HAMZAH BERKAHWIN??++MESTI BACA |PELANTUN lagu Masih Aku Cinta, Shila Amzah ‘meletup’ ekoran satu akaun palsu di laman sosial Facebook yang memuatnaik gambar dirinya mengenakan busana pengantin dengan status berkahwin sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminatnya.
Sebelum ini, kewujudan akaun palsu tersebut tidak diendahkan namun Shila menyifatkannya melampau selepas foto itu dimuat naik dengan kapsyen berkahwin.
Rata-rata peminat menuduh penyanyi yang kini menetap di Shanghai itu sengaja mencetuskan kontroversi.
Namun, menerusi akaun Instagramnya, Shila menjelaskan bahawa dirinya belum berkahwin dan tidak pernah untuk menimbulkan kontroversi.
Malah Shila yang geram dengan perbuatan melampau itu juga memberitahu bahawa perkara tersebut akan disiasat malah tidak akan melepaskan sesiapa yang terlibat.
“Semua ini melampau. Saya tidak berkahwin. Dan Sha tidak pernah timbulkan kontroversi. Akaun Facebook ini sangat melampau, boleh berhenti tak?. Dah lah ramai yang ‘like page’ penipu ini.
“Sha akan cari siapa pemilik akaun ini sampai dapat, sila sebarkan,” katanya.
Katanya lagi, “untuk makluman, foto Shila yang kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru itu adalah untuk terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan.
`Pada malam konsert tersebut, Shila telah menyampaikan lagu A Moment Like This dan sebuah lagu lagi berjudul HaoJiubujian merupakan persembahan duetnya bersama James dari Chinese Idol.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)