Bedebah !! Perogol Termuda Berusia 11 Tahun !

Bedebah !! Perogol Termuda Berusia 11 Tahun ! | Bedebah, Bangsat !! Ya, tu gelaran yang sepatutnya diberikan. Seawal usia 11 tahun sudah mula merogol orang. Agak-agak di usia 20 tahun, apa akan jadi kepada budak kecil ini jika tidak dibendung dari sekarang ! Siapa yang patut di persalahkan??

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dihantar ke rumah pengasuh di Alor Gajah oleh ibunya, dilaporkan telah dirogol oleh anak tiri pengasuh itu.


Mengikut laporan The Star online, polis sedang menyiasat kemungkinan anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol yang paling muda di Malaysia ,kejadian itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke kedai runcit berdekatan.

Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, memberitahu The Star bahawa beliau masuk ke dalam rumah pengasuh itu melalui pintu belakang, apabila sangsi melihat rumah yang sunyi sepi itu.

“Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari sebuah bilik dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan nampak terkejut.

“Selepas menenangkan kanak-kanak itu, saya memeriksa rumah itu dan mendapati budak lelaki itu bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi bilik. Dia memakai seluar sahaja dan apabila ditanya, dia menjawab dia sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama.

“Saya syaki sesuatu tidak kena dan terus menelefon ibu kanak-kanak perempuan itu,” kata Shima kepada The Star.

The Star turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu menceritakan kepada ibunya bahawa budak lelaki tersebut telah berbaring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat di kemaluannya.

Ibunya membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di atas kesalahan merogol

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)