Isteri,Anak Dan Harta Usahawan 'Dibelasah' Menantu !



                                                             gambar sekadar hiasan

Isteri,Anak Dan Harta Usahawan 'Dibelasah' Menantu ! Kisah usahawan Kassim, seorang jutawan hartanah Ada seorang usahawan bernama Kassim (nama samaran) yang kini sedang menjadikan pejabatnya sebagairumah penginapan. Di situlah dia tidur, makan dan minum dan sekali gus berusaha menyara kehidupannya yang telah hancur sehancur-hancurnya.
Kassim sekarang berumur dalam pertengahan 50-an dan merupakan seorang usahawan hartanah yang cukup berjaya. Kejayaannya boleh diletakkan kepada sikapnya yang cukup konsisten dalam segala urusan yang dilakukan.
Kassim berkecimpung dalam bidang hartanah sejak muda. Dia amat fokus pada usahanya itu dan tidak pernah lari atau putus asa sehinggalah segala usahanya membuahkan hasil.
Kejayaan Kassim dalam bidang hartanah membolehkan dia membina sebuah banglow bernilai RM3 juta. Dia punyai wang simpanan sebanyak RM2 juta.
Kassim juga punya isteri yang cantik jelita, 8 tahun lebih muda daripadanya yang sentiasa membela tubuh badan dengan sering ke Spa dan lain-lain pusat kecantikan.
Kassim amat sayangkan isterinya. kemana saja mereka pergi bersama dan dia sering bersama anak isteri di rumah dan melayan segala kehendak mereka.
Sayang Kassim pada isteri sehingga segala permintaan isteri tidak ada langsung yang tidak ditunaikan. Barang kemas saja yang melekat di tubuh badan isteri bernilai RM1.2 juta!!!. Itu tak masuk lagi segala makan minum pakaian dan segala gaya hidup mewah yang dijalani isterinya.
Mintalah apa saja, Kassim tak pernah lokek. Lagipun itulah matlamat dia bertungkus lumus selama ini mencari harta yang banyak. Dia mahu membahagiakan isteri serta anak perempuannya.
Kassim kahwin lagi satu

Satu hari Kassim merajuk dan membawa pakaiannya keluar dari rumah. Dia tinggal di hotel. Selepas dua tiga hari, dia rasa sejuk semula tapi diharapnya isteri atau anaknya akan datang memujuk. Namun tunggu punya tunggu tak ada sesiapa yang datang memujuk.
Selepas seminggu, datang menantunya, pemuda Iran itu ke bilik hotel. Bukannya untuk memujuk, sebaliknya mencampakkan beberapa buah beg berisi segala pakaian Kassim dan berkata padanya “jangan balik lagi ke rumah…!”.
Wah!!! itu dah melampau. Kurang ajar punya Iran, ingat semua dalam rumah itu harta kau punya ke?, begitulah bisik Kassim marah. Peliknya walaupun Kassim merupakan seorang yang gagah dan baran, dia semacam tunduk tak berdaya pada pemuda Iran itu.
Selepas itu Kassim pun balik ke rumahnya. Segalanya terlah berubah. Rumahnya telah dipagari pagar elektrik keselamatan dan Kassim tidak dapat masuk ke rumahnya sendiri!.
Segalanya terbongkar
Dengan bantuan pegawai polis selepas membuat aduan, Kassim akhirnya dapat masuk dan tak ada orang di dalam rumah. Kassim pergi ke dalam rumahnya untuk mengambil barang dan teringat untuk menambil rakaman CCTV yang selama ini memang ada di rumahnya.
Setelah melihat rakaman CCTV barulah terbongkar segalanya. Kassim melihat gara-gara isterinya yang masuk ke dalam bilik menantu dari Iran pukul sebelas malam dan keluar pada pukul 12 malam sedangkan anaknya menonton TV selamba diruag tamu.
Diringhkaskan cerita. Rupanya Pemuda Iran itu membelasah semua kepunyaan Kassim, bukan saja harta kekayaannya, malah anak serta isteri Kassim turut dibelasah oleh pemuda Iran tersebut!.
Isteri Kassim telah membuat laporan pada Khadi, pihak polis dan mengambil semua wang tunai kepunyaan Kassim. Semua harta kini berada di bawah nama isterinya. Dah isterinay telah memfailkan fasakh di mahkamah syariah.
Isteri Kassim melaporkan betapa Kassim seorang yang jahat, suka berfoya-foya, berkahwin diluar negara dengan orang indonesi dan tidak memperdulikan anak isterinya di rumah. Isteri Kassim siap memberikan bukti gambar perkahwinan Kassim dengan orang indonesia.
Betapa hebatnya perancangan isteri Kassim! rupanya isterinya yang punyai hubungan dengan pemuda Iran itu lalu merancang menemukan pemuda Iran tersebut dengan anaknya, mengorat anaknya dan berkahwin dengan anaknya agar pemuda Iran dapat tinggal di rumah mereka.
Semua itu dilakukan dengan tujuan agar dapatlah mereka memuaskan nafsu masing-masing semahunya dan menjalani kehidupan yang serba mewah tanpa perlu bersusah payah. Mereka dapat segalanya dan hanyut dalam dunia membela nafsu serakah tak kesudahan.
Kini Kassim tidak punya apa-apa…dia bersabar dan berazam untuk membina semula kehidupannya. Tetapi ianya bukalah sesuatu yang mudah untuk lalui. Setiap kali keseorangan di pejabat untuk tidur air mata mengalir deras di pipinya…..
Begitulah cerita berakhir. Moga menjadi pengajaran pada semua terutamaya mereka yang mengejar mencari kekayaan tidak mengenal batasan. Harta kekayaan, wang berjuta, rumah tersergam indah, pasangan jelita tidak menjamin kebahagian dan tidak pernah membawa kebahagian.
Kebahagian tidak terletak pada benda atau perkara luar daripada diri kita. Ia ada dalam diri kita sendiri seandainya kita sendiri mebuat keputusan untuk bahagia tanpa perlu ada sebarang syarat.
Kita jangan terikut-ikutkan sangat nafsu. Apa saja yang diidami kita kejar dan kejar. Bila dapat, kita letak pula sasaran lebih besar dan kita kejar dan kejar. Dah dapat, besarkan lagi sasaran, dan kejar lagi.
Dunia semakin di kejar semakin dia melarikan diri. Oleh itu ingat untuk tarik brake pada satu garisan dan kawal dorongan nafsu keinginan. Tahan walaupun mampu kerana kejayaan mengawal itulah yang menyelamatkan diri kita dan mengelakkan diri dari terus hanyut.
Apabila isteri Kassim diberikan apa saja kemahuannya dari seorang yang susah menjadi senang, kaya raya apa saja yang mahu apa semuanya dapat. Nafsu isteri Kassim dibela menjadi semakin besar dan membesarsehingga akhirnya Kassim telah ditewaskan oleh nafsu isterinya yang telah mengusai segala akal fikiran.
Ingat jangan sesekali bela nafsu. Belajar tahan sebelum dia membesar dan hilang kawalan. Letakkan limit dan jangan pergi lebih jauh daripada itu walaupun mampu.
Moga kisah usahawan Kassim ini menjadi iktibar pada kita semua.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)