PILU...Makan Tanah Liat Untuk Meneruskan Kehidupan

                                          rakyat miskin

PILU...Makan Tanah Liat Untuk Meneruskan Kehidupan | Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan oleh Nya untuk meneruskan sisa-sisa hidup kita yang belum pasti penghujungnya. Alhamdulillah juga kerana kita masih mampu menyara hidup dengan makanan-makanan mewah tak kira siang malam pagi petang pasti perut terisi dengan segala jenis mak nenek makanan.
Tapi sedarkah kita tatkala kita menikmati makanan yang enak dan cukup lengkap sehingga berlebih-lebihan pon ada, namun di segenap benua sana iaitu di Haiti penduduknya cukup daif. Mereka tidak memiliki keperluan asas yang cukup dan lengkap. Bukan kata tempat perlindungan bahkan keperluan makanan pon mereka tidak mencukupi. Tahukah anda mereka makan biskut yang bahan utamanya diperbuat daripada tanah liat dan dicampur dengan garam, gula dan serbuk perasa berasaskan sayuran dan rasa tanah kekal di lidah buat jangka waktu agak lama?
                           biskut tanah liat Allahu Rabbi   Tanah Liat Dijadikan Biskut Untuk Dimakan Di Haiti
Sedih bukan? Untuk pengetahuan anda lagi, Penduduk Haiti adalah antara yang paling miskin di dunia dan hampir kesemua penduduknya makan tanah untuk terus hidup. Dilaporkan, pendapatan purata penduduk pulau terbabit kurang RM6 sehari. Justeru mereka tidak mampu untuk membeli beras, akibatnya 80% penduduk memakan ‘mud cookies’ atau biskut tanah liat. 
Allahu Rabbi. Bersyukur kita dapat menikmati hidup dengan penuh keselesaan. Ingat, kalau kita susah, ada orang yang lebih susah dari kita. kalau kita miskin, ada orang yang jauh lebih miskin dari kita. Jadi berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapat rezeki dari Nya dan bersyukurlah dengan pemberian Nya.
orang miskin Allahu Rabbi   Tanah Liat Dijadikan Biskut Untuk Dimakan Di Haiti
Hehe dah macam khutbah pulak kan. Semoga artikel ini memberi 1001 pengajaran buat kita semua dan semoga mereka dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat oleh Nya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)