Penghinaan ! Isma Desak Tindakan Diambil Isu Bina Berhala Haji Dan Hajah !

Penghinaan ! Isma Desak Tindakan Diambil Isu Bina Berhala Haji Dan Hajah !

KUALA LUMPUR: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik kesal dengan pihak yang terlibat membina berhala Haji dan Hajah yang dikesan di Lumut, Perak.


Abdullah berkata pembinaan berhala itu merupakan satu provokasi berterusan kepada umat Islam di negara ini yang terkenal dengan sikap toleransinya.

Katanya, pembinaan berhala Haji dan Hajah itu juga jelas mencabar kesabaran umat Islam yang selama ini banyak bersabar dengan provokasi pihak-pihak tertentu.

"Ini (berhala haji dan hajah) merupakan satu bentuk provokasi berterusan pihak-pihak tertentu kepada umat Islam di negara ini.

"Ianya jelas mencabar kesabaran kita (umat Islam) yang selama ini sering bersabar dan terkenal dengan sikap toleransinya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Abdullah berkata, ISMA mendesak pihak berkenaan perlu menyiasat pihak yang bertanggungjawab membina berhala Haji dan Hajah itu.

Beliau menegaskan selepas siasatan, pihak berwajib perlu memberi penjelasan kepada umat Islam bentuk tindakan yang telah diambil dan hasil dari tindakan yang telah dikenakan.

"Pihak berkenaan perlu menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit. Selain itu penjelasan perlu dibuat kepada umat Islam kerana mereka berhak tahu apa tindakan yang telah diambil dan hasil dari tindakan tersebut," katanya.

Sebelum itu, ISMA menerusi laman sesawangnya ismaweb.net mendakwa umat Islam terus dihina dengan berhala Haji dan Hajah di Lumut, Perak.

Gambar berhala yang berpakaian Haji dan Hajah itu diperolehi dari akaun Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official yang mendakwa ia dibina untuk menghormati umat Islam.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. kalo betul dia kate nk menghormati umat islam bukan macam ni carenye...ni da kira menghina orang islam sebab islam sendiri melarang penyembahan berhala..

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)