MISTERI KUBUR BERPAGAR DI LADANG GETAH



Misteri Kewujudan Kubur Di Ladang Getah Masih Belum Terungkai
                                                            gambar sekadar hiasan


MISTERI KUBUR BERPAGAR DI LADANG GETAH | Jarang sekali kedengaran tanah perkuburan terbiar di kawasan tanaman pokok getah. Kebiasaannya kubur hanya terletak di kawasan yang telah ditentukan seperti tanah wakaf dan sebagainya.
Namun, itulah yang berlaku di sebuah perkampungan di Mata Air berhampiran Bukit Payung, di sini. Penduduk kampung, Hanafi Saad, 80, berkata, misteri dan sejarah tanah perkuburan itu masih bermain diminda sejak dia mula tinggal di situ.
Katanya, walaupun dia dilahirkan di perkampungan tersebut, tetapi sejarah asal tanah perkuburan itu masih menjadi persoalan orang ramai.
misteri kubur lama Misteri Kewujudan Kubur Di Ladang Getah Masih Belum Terungkai
                       Gambar sekadar hiasan
“Apa yang saya tahu, sejak dilahirkan lagi, tanah perkuburan itu sudah wujud. Dianggarkan sudah melebihi 80 tahun yang lalu.
“Bagaimanapun, sejarah asal mahupun misteri tanah perkuburan itu masih belum terjawab,” katanya kepada Sinar Harian.
Hanafi berkata, pada asalnya, tanah perkuburan itu adalah tempat pengebumian jenazah penduduk kampung berkenaan.
“Pada tahun 1980, apabila masjid baru dibina, semua jenazah baru akan dikebumikan di tanah perkuburan di masjid berkenaan.
“Sebab itulah tanah perkuburan tersebut terbiar. Itu yang saya tahulah..,” katanya.
Katanya, bagaimanapun, mesti ada sejarah dan sebab tertentu kenapa tanah perkuburan boleh terdapat di kawasan tanaman pokok getah sejak sekian lama.
Tinjauan Sinar Harian di kawasan berkenaan bersama seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam mendapati kedudukan tanah perkuburan itu berada jauh lebih 2 kilometer dari jalan raya ataupun kawasan perkampungan.
Hasil pemerhatian, terdapat beberapa keunikan dan tanda tanya yang bermain di minda berikutan kawasan perkuburan yang terbiar itu berada dalam kawasan berpagar dan beberapa batu nisan yang tidak mempunyai ukiran nama mahupun tarikh kematian.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)