MESTI TENGOK..Gambar Pernikahan Safee Sali Di Indonesia

MESTI TENGOK..Gambar Pernikahan Safee Sali Di Indonesia | Penyerang skuad bola sepak kebangsaan Mohd Safee Sali menamatkan zaman duda selepas dinikahkan dengan gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha, di Indonesia pagi tadi.
"Alhamdulillah. Safee telahpun selamat bernikah pagi ini. Terima kasih di atas doa kalian & sokongan yang diberikan. 
"Sesungguhnya, jodoh pertemuan itu semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Safee & Shasha di dunia & akhirat kelak," kata pentadbir laman FB rasminya yang disiarkan tengah hari tadi. 

Selepas selesai majlis perkahwinan di pihak perempuan, pemain berusia 29 tahun yang dipinjamkan daripada kelab Pelita Jaya ke Johor Darul Takzim (JDT) tahun lalu dan kekal beraksi dengan kelab Liga Super itu untuk musim ini dijangka mengadakan majlis perkahwinan di pihak lelaki pada 28 Disember ini di Bidor, Perak.

Foto

Dalam posting FBnya 10 Disember lalu, Safee mengumumkan pernikahan beliau hari ini serta majlis resepsi pernikahan itu di Bidor pada 28 Disember ini.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaannya. 

"Saya harapkan semua majlis nanti akan berjalan lancar. Dengan tanda syukur saya ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih. Salam satu jiwa untuk semua," tulisnya. 

Safee sebelum ini berkahwin dengan Sabrina Yusoff pada 2007 namun bercerai pada 2012. Hasil perkongsian hidup dengan Sabrina dia dikurniakan dua cahaya mata

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)