Blog perkongsian berkenaan kisah-kisah misteri seluruh dunia, kisah benar, kisah pengajaran, berita tergempar, gambar pelik dan rare serta perkongsian artikel ilmiah.
1. Penampakan Sinar-X Pertama (1895): Röntgen's wife hand
Pada 1895, Wilhelm Conrad Röntgen, profesor fizik dari Universiti
Wurburg di Jerman telah menerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada
tahun 1901 kerana penemuan sinar-x beliau.
2. Pencakar Langit Pertama (1885): Bangunan Insurans Nyawa Di Chicago
Ketinggiannya 42 meter di rekodkan pada 1885 di Chicago, Illinois dan
dan kemudian diubahsuai semula pada 1931. Gedung ini ialah bangunan
untuk Home Insurance Building yang mempunyai 10 tingkat.
3. Web Server Dan Web Site Pertama (1990): a NeXT computer at CERN
Info.cern.ch adalah alamat website dan web server pertama di dunia.
Berjalan menggunakan NeXT computer at CERN. Alamat web lengkap yang
pertama kali adalah http://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html yang diperkenalkan dan dibuat oleh Tim Berners-Lee.
4. MP3 Player Pertama (1998): MPMan 32MB
DI lancarkan pada tahun 1998, MP3 Player Pertama Di Dunia, terdiri dari 32MB dan 64MB. Harganya pula ialah $69.
5. Komputer 'Mouse' Pertama (1964): by Douglas Engelbart
Mouse pertama didunia di cipta oleh Douglas Engelbart pada 1964, terdiri darpada dua sliding wheel dan dibuat daripada kayu.
6. Majalah Pertama Di Dunia (1731): The Gentleman's Magazine
The Gentleman's Magazine diterbitkan pada 1731, di London, dan dianggap
sudah menjadi majalah pertama. Edward Cave yang bertanggungjawab dalam
suntingan The Gentleman's Magazine.
7. Kasut Roda Pertama Di Dunia
Kasut roda yang dikatakan dicipta pada 1897 ini adalah contoh aneh 'Road
Rollers', yang sangat popular dengan pengusaha London pada zaman
Victoria yang meluncur ke tempat kerja memakainya. Setiap pemakai kasut
dengan dua roda yang tinggi, ditempatkan satu di depan dan satu di
belakang dan pengguna mahir boleh mencapai kelajuan sehingga 16mph di
sepanjang permukaan yang halus. Mereka diikatkan ke kaki si pemakai
dengan tali dipasang ke kaki dengan potongan kayu kuning, dan beratnya
lebih dari £ 40 masing-masing. Kasut ini dijual di London oleh the Road
Skate Co of Oxford Street selepas penemuan mereka pada tahun 1897, dan
diiklankan sebagai 'ankle-friendly'. Para ahli percaya bahawa kasut ini
direka selepas ramai penggemarnya dari pertengahan tahun 1890-an.
8. Televisyen Pertama Di Dunia
Orang yang bertanggungjawab membuat televisyen ialah John Logie Baird
(13 Ogos 1888 – 14 Jun 1946) ialah merupakan seorang (engineer) jurutera
berbangsa Scotland yang terkenal kerana mencipta sistem televisyen
berfungsi yang pertama, dan juga siaran televisyen warna pertama
elektronik sepenuhnya di dunia.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)