Lebah : Selera Dah Berubah?

Selera lebah nampaknya sudah berubah. Lebah asli yang hidup membiak di New York tidak lagi menghisap madu, tetapi lebih gemar menyedut peluh dan air mata manusia.




Kehadiran serangga berselera pelik itu telah ditemui buat pertama kali oleh pakar entomologi Amerika Syarikat, Dr. John Ascher. Beliau menjumpai kawanan lebah berkenaan sewaktu bersiar-siar di Prospect Park Brooklyn, New York pada tahun 2010. 

Dr. John Ascher kemudiannya cuba memeriksa pangkalan data yang memuatkan lebih 700 000 spesies lebah di American Museum National History. Dengan harapan, menerusi rujukan itu dia dapat menentukan dari mana serangga tersebut datang. Namun, proses pemadanan menggunakan spesimen data ternyata lebih sukar daripada dijangka dan akhirnya menemui jalan buntu.


American Museum National History (tempat film Night at The Museum berlakon)

Satu ujian DNA kemudian dijalankan dengan bantuan seorang penyelidik dari Cornell University, Jason Gibbs. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, Dr. Ascher  dan Gibbs mendapati ia merupakan spesies serangga yang baru ditemui. Mereka menamakan lebah keringat (sweat bees) itu sebagai Lasioglossum gotham dan hasil penyelidikan itu telah diterbitkan dalam jurnal Zootaxa pada bulan November 2010.


Serangga baru ini pada dasarnya serupa dengan lebeh-lebeh biasa. Berwarna hitam, coklat, merah dan kekuningan pada badannya. Saiz pula antara empat hingga sepuluh meter. Cuma bezanya, spesies tersebut tidak lagi mencari nektar atau manisan dari bunga. Sebaliknya, ia lebih bernafsu menghisap peluh manusia untuk mendapatkan sumber makanan.

Serangga ini turut dikenali sebagai lebah "bersopan-santun" kerana ia jarang sekali menyengat manusia. Sekalipun ia menyengat, tahap kesakitannya adalah sangat kecil iaitu sekitar 1.0 Schmidt Sting Pain Index. Skala rasa sakit ini dikatakan paling rendah berbanding sengatan serangga lain yang mencecah lebih 4.0 Schmidt Sting Pain Index. Sikap tidak terlalu agresif yang dimiliki oleh spesies ini menyebabkan kehadiran 'mereka' saat menghinggapi keringat pada tubuh langsung tidak disedari.

Schmidt Sting Pain Index


Itu yang terjadi di bandar metropolitan New York. Tetapi penyelidik di Thailand rupanya telah melangkah kehadapan dengan membenarkan lebah daripada spesies yang lebih kurang sama menghirup cecair atau air dari kelopak mata mereka. Hasil eksperimen menggunakan lebah daripada spesies Lisotrigona, serangga ini nampaknya lebih berminat hinggap pada kelopak mata untuk menyedut air mata berbanding peluh manusia.

Lisotrigona Bees

Keberadaan lebah ini juga sering tidak disedari atau dapat dirasakan, walaupun saat itu beberapa ekor Lisotrigona  sedang rakus menghisap air di kelopak mata. Kehadirannya kan disedari jika anda berasa kurang selesa pada bahagian mata, ataupun melihatnya menerusi cermin.

Untuk mengusirnya, tidak cukup dengan hanya menutup mata. Selalu terjadi, cara sedemikian tidak mampu menghalau lebah-lebah itu pergi. Sebelum  ini, pernah dilakukan percubaan menarik perhatian lebah dari kelopak mata dengan menggunakan makanan seperti daging dan keju, namun tidak berjaya. Lebah dilihat tetap tidak berganjak daripada terus menghisap air mata.



Ia akan beredar jika mata dikenyitkan berkali-kali sehingga lebah itu berputus asa lalu terbang melarikan diri. Ahli entomologi sebelum ini telah cuba mempelajari kenginan luar biasa dua spesies lebah terbabit. Ascher, orang yang mula-mula menemui Lasioglossum gotham misalnya, tidak pernah berhenti daripada terus mengenali serangga itu.

Sebagai ilmuwan yang berpengetahuan luas dalam kehidupan serangga, beliau yakin lebah-lebah itu ada alasan tersendiri kenapa memilih manusia. Satu sebabnya, manusia mampu mengeluarkan peluh berbanding mamalia lain. Dari situ, serangga tersebut boleh mendapatkan sumber nutrien.



Peluh adalah air yang dikeluarkan oleh kelenjar peluh pada kulit. Kandungan utama dalam peluh adalah natrium klorida iaitu bahan utama dalam penghasilan garam makanan. Di samping itu, dalam peluh manusia juga terdapat bahan lain yang mengeluarkan aroma seperti 2-metilfenol (o-kresol) dan 4-metilfenol (p-kresol).

Kandungan garam atau lain-lain protein yang terdapat dalam peluh dan air mata manusia merupakan zat makanan yang sangat diperlukan oleh lebah-lebah tersebut. Dengan cara ini sajalah lebah-lebah itu boleh mendapatkan sumber nutrien atau zat makanan untuk meneruskan kehidupan.

Lebah asli direkodkan banyak terdapat di bandar New York. Statistik terbatu menunjukkan sebanyak lebih 250 spesies lebah asli membiak dan bersarang di lampu jalan, taman dan balkoni bertingkat tinggi. Di Prospect Park Brooklyn sahaja, sekurang-kurangnya terdapat 90 kawanan spesies lebah asli terbang dari bunga ke bunga.

Bagaimanapun, peranan lebah keringat sangat berbeza dalam ekosistem kerana tidak dapat memicu kepada pendebungaan. Mungkin sebab itu mengapa spesies ini tidak dapat menghasilkan madu dengan banyak, jika dibandingkan dengan lebah-lebah asli lain.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)