( Jangan Baca Jika Hati Tisu ! ) Kisah Paling Seram Di Bilik Hotel Melaka

( Jangan Baca Jika Hati Tisu ! ) Kisah Paling Seram Di Bilik Hotel Melaka | Pagi-pagi macam ni jom kita layan kisah seram. Bagi yang lemah semangat tu tak payah la gatai-gatai nak baca, kang jadi apa-apa jangan salahkan admin. Hehehe. Kisah seram ni dikongsikan oleh seseorang. Kejadian ni berlaku di sebuah bilik hotel di Melaka. Jom baca dan hayati bait-bait ayat. Selamat menyeram! :p
Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku pada Disember 1988, hari terakhir percutian kami sekeluarga. Kami singgah dibandar Melaka dalam perjalanan pulang selepas bercuti empat hari di Kuala Lumpur. Kami menginap disebuah hotel di ibu kota Melaka. Selepas berehat. kami empat beranak dan seorang anak saudara isteri saya, pergi ke bandar hilir untuk membeli belah dan melihat lihat pemandangan pusat bandar Melaka yang yang bersejarah itu.


Kami pulang ke hotel sekitar 8 malam kerana suasana bandar Melaka telahpun sunyi. Oleh kerana keletihan, anak perempuan kami yang ketika itu berusia dua tahun, terus tidur. Isteri, anak saya dan anak saudara kami berbual bual sambil menonton televisyen. Sekitar 11 malam, mereka semua tidur, sementara saya membaca akhbar. Televisyen tidak saya matikan.
Sekitar pukul 12.15 malam, ketika saya sedang menonton televisyen, tiba-tiba dari bilik air saya mendengar seperti ada orang mandi. Bunyi curahan air dan paip air mengalir dalam air jelas kedengaran. Saya tidak pedulikan kerana mulanya saya sangka mungkin orang bilik sebelah yang bermandi tengah malam. Tetapi bunyi curahan air orang mandi terus didengar. Saya macam tidak percaya, dan mula merasa seram. Untuk menghilangkan rasa takut, saya terus membaca ayat-ayat suci al-Quran. Saya juga tidak berani untuk memeriksa sekiranya betul-betul ada orang didalam bilik air.


Saya tidak kejutkan isteri saya kerana tidak mahu dia merasa takut. Mujur beliau dan anak kecil kami juga tidak bangun. Bunyi orang mandi itu hilang selepas 10 minit. Saya teruskan jugak membaca ayat-ayat suci untuk menjauhkan daripada gangguan lain selanjutnya. Kemudian saya cuba melelapkan mata tetapi tidak dapat tidur semalaman itu sehinggalah pagi. Saya tidak menceritakan kisah seram yang saya alami itu pada isteri dan anak anak saya sehingga beberapa hari selepas pulang ke Singapura.
Kisah ini adalah kisah benar atau rekaan semata-mata Wallahu’ Alam. Sekadar berkongsi


Sumber 
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)