KANAK-KANAK BAGI PETANDA AWAL JOHAN ASAARI AKAN KEMALANGAN | tengahari ini satu berita kemalangan melibatkan pelakon Johan As’ari telah menjadi tajuk di beberapa portal hiburan termasuklah satu yang selalu Admin sering ikuti kerana kepantasan portal ini update cerita panas katanya.
Berita ini sampai ke pengetahuan umum disebabkan Johan sendiri memuat naik gambar kereta Proton Inspira berwarna putih yang berlanggar dengan kenderaan lain di Instagram @arrifasari dengan caption yang menerangkan segala cerita disebalik kemalangan itu.
Tetapi sebelum admin cerita pasal nota di bawah gambar tersebut yang tersirat pelbagai pengertian, timbul hairan bila mana admin diberitahu tidak lama selepas itu gambar kemalangan tersebut tiada dalam senarai gambar akaun @arrifasari di Instagram.
Nasib baik admin sempat screenshots gambar itu jadi boleh la tunjuk pada pembaca semua. Berbalik kepada nota yang menceritakan rentetan kemalangan yang bermula di stesen minyak itu,johan memberitahu bahawa dia telah diberi petunjuk awal oleh seorang kanak-kanak yang memberi isyarat seakan Amaran buat dirinya.
Tak kisahlah kan yang penting Johan yang kembali disebut-sebut dek kisah cintanya dengan Lana Nordin itu selamat dan bukanlah kerana kecuaian berpunca daripada pelakon Balada Pencinta itu. Kemalangan itu dilaporkan berlaku ketika Johan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran pada awal pagi tadi.
Dah dua petanda yang menerpa dalam kehidupan Johan seakan petunjuk awal kepadanya mengenai masa depan pelakon itu termasuklah bayangan Lana di hadapan Kaabah ketika dia berdoa tentang jodoh.
Jika petunjuk yang muncul dalam pandangan tuan punya badan sendiri siapalah kita nak menyangkalnya kan? Salah satu daripadanya dah benar-benar berlaku jadi adakah petunjuk jodoh pun akan menjadi realiti dan Lana Nordin bakal menjadi suri di hati Johan As’ari, nanti kita tunggu dan lihat okay?
Tapi yang menjadi persoalan kini kenapa gambar tersebut di buang selepas dimuatnaik sendiri oleh Johan dengan nota lengkap begitu. Entahlah, nanti kita dengar dia nak jawab apa mengenai insiden ini.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)