Hanya Kerana 20 Sen Neelofa Difitnah Berkhalwat

Hanya Kerana 20 Sen Neelofa Difitnah Berkhalwat | Beberapa hari lepas Malaysia digemparkan dengan berita “Neelofa Ditangkap Berkhalwat” sehinggakan pengurus kepada pelakon popular itu, Mohd Ameer Shafiq Khalip, terpaksa membuat kenyataan menafikan hal tersebut.
Menerusi sebuah akhbar tempatan, Ameer berkata, pada malam pelakon tersebut dikatakan ditangkap berkhalwat, dia sedang menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.


BACA: Pengurus Neelofa Nafi Pelakon Itu Ditangkap Khalwat

Dengan menggunakan umpan ayat-ayat berbaur fitnah yang mampu menarik perhatian pembaca, mereka meletakkan pautan website di hujung ayat fitnah mereka supaya mengaburi mata pembaca bahawa kononnya artikel mengenai cerita tersebut ada di dalam pautan website itu. Namun, setelah ditekan pautan tersebut, TIADA artikel yang dinyatakan sebaliknya hanyalah iklan komersil yang memberikan untuk sebanyak 20sen setiap satu klik.
Menurut sumber, hal ini berlaku kerana si pelaku fitnah itu sudah terlalu ghairah mencari keuntungan 20sen bagi setiap klik daripada hasil menyebarkan link iklan itu tadi. Kiranya, mereka mengambil kesempatan menyebarkan berita fitnah untuk meraih keuntungan kecil. Betapa sadisnya keadaan ini berlaku, hatta mahukan 20sen pun ada antara kita sanggup menyebarkan berita fitnah.
Dikhabarkan juga, mereka ini berjaya mengaut ratusan ringgit malahan ada yang pernah mendapat puluhan ribu ringgit dengan menggunakan cara ini. Untuk makluman, Neelofa bukanlah orang pertama yang menjadi mangsa mereka yang ingin mengaut keuntungan dengan cara yang mudah
944Fitnah yang direka Pengiklan di laman Facebook
945HASIL RISIKAN – BUKTI Cubaan penipuan yang dilakukan
948BUKTI Cubaan penipuan yang ingin dilakukan
Dalam perkembangan yang sama, Neelofa dilihat mengemaskini status di Laman instagram untuk menjawab tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
“Tentang kenyataan yang menjatuhkan maruah saya yang kononnya saya di tangkap khalwat dalam media cetak & media elektronik hari ini, Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis & juga surat Jabatan Agama islam berserta saksi2.
“Harap pihak wartawan BERUSAHA untuk mendapat maklumat yg betul dan sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa (jabatan agama & pihak polis) dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artist.
“sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat , pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang, saya berada luar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas FITNAH dan atrikel tersebut. Terima kasih”
940
Turut disertakan beberapa keping gambar dan anda boleh menguji setiap link tersebut.


 






































SANGGUP MELAKUKAN FITNAH  NEELOFA DITANGKAP KHALWAT HANYA KERANA 20 SEN, DAN SANGGUP SI PELAKU MAKAN DUIT HARAM.. SEMOGA SI PELAKU DI BERI HIDAYAH OLEH ALLAH



Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)