Bas Terbang Mampu Tembusi Dinding Kedai !

Bas Terbang Mampu Tembusi Dinding Kedai !

KUALA LUMPUR, 13 Dis - Seorang pemandu bas RapidKL dan tiga penumpang cedera apabila bas itu merempuh sebuah kedai menjual pam air dan alat jentera di Jalan Pudu di sini Jumaat.

Naib Presiden Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Negara Berhad, Lim Jin Aun berkata pemandu bas itu yang dikenali sebagai Suprianto Sirat, 48, cedera di kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Seorang penumpang lelaki dan dua penumpang wanita yang berumur antara 40-an dan 50-an pula hanya cedera ringan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Suprianto yang mempunyai pengalaman 16 tahun sebagai pemandu bas henti-henti, tidak mempunyai sebarang rekod kemalangan.

Separuh bas yang menembusi dinding sebuah kedai di Jalan Pudu.

Ketika kejadian kira-kira 7 petang itu, bas itu dalam laluan Bukit Bintang menuju Taman Dagang, Ampang.

"Kita akan bekerjasama dengan polis untuk mengenal pasti punca kemalangan," katanya.

- BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)