AMIRULHADI ZAINAL (YOL) SAH MILIK HARIMAU SELATAN (JDT)

AMIRULHADI keluar dari bilik Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM di Kelana Jaya, Selangor semalam.


KONTROVERSI yang melibatkan bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal selesai apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain itu menjadi milik Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim depan.
Pemain berusia 27 tahun yang juga mesra dengan panggilan ‘Yol’ itu sebelum ini dikatakan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) tetapi baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT untuk musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, penyertaan Amirulhadi ke Harimau Selatan tidak menjadi isu selepas pihaknya mendapati perjanjian Amirulhadi bersama PBNP tidak sah.
Begitupun, Takiyuddin menegaskan, bekas pemain Selangor tersebut tidak terlepas dari menerima hukuman denda RM25,000 selepas Amirulhadi didapati melakukan dua kesalahan.
“Kesalahan pertama Amirulhadi tidak mendedahkan situasi sebenar kepada pasukan baharu (Johor DT) dan kesalahan kedua pula tidak membuat pengesahan dengan majikan asal, PBNP sebelum berpindah ke pasukan baharu.
“Kedua-dua kesalahan itu melanggar Artikel 2 Perenggan 5 (c) (i) Lampiran 3A Dalam Peraturan Status Perpindahan,” katanya selepas tamat Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Amirulhadi dan Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya turut hadir pada mesyuarat itu.
Takiyuddin menjelaskan, Jawatankuasa Status FAM mendapati kontrak Amirulhadi bersama Pahang meragukan selepas meneliti dokumen serta mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak.
“Kami mendapati kontrak pemain itu dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) adalah sah dan perlu memohon Sijil Perpindahan Negeri (SPN) dari pasukan asal.
“Selepas mendapati kontrak Amirulhadi dengan PBNP meragukan, pendaftarannya bersama pasukan Pahang adalah tidak sah dan kontraknya bersama PBNJ adalah sah sebagaimana status Amirulhadi dianggap sebagai ejen bebas.
“Begitupun, ahli jawatankuasa mendapati pemain berkenaan turut melakukan dua kesalahan dan dikenakan denda sebanyak RM25,000 dan denda tersebut harus dibayar kepada FAM, bukan kepada PBNP.
“Ini kerana kesalahan tersebut berpunca dari individu itu sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak,” katanya.
Selain itu, Takiyuddin berkata, dalam kes melibatkan Amirulhadi itu, PBNP Pahang tidak berhak untuk menuntut sebarang pampasan daripada JDT mahupun daripada pemain berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga pihak dibenarkan mengemukakan rayuan kepada FAM sebelum Rabu ini.


sumber
Share on Google Plus

About mariasyahiza zainudin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)