10 GAMBAR MAKANAN TERPELIK DI DUNIA

10. Sandwich otak goreng

10 GAMBAR MAKANAN TERPELIK DI DUNIALama sebelum terjadinya wabak lembu gila, makanan ini diperbuat daripada otak anak lembu, yg dihiris nipis merupakan menu biasa di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat. Sekarang ni burger ni masih didapati di Ohio River Valley, tapi sekarang inti otak yang lembut, enak dan menyelerakan ni dorang letak dalam hamburger bu. So, kalau ada siapa-siapa nak cuba hamburger otak anak lembu, boleh lah pergi ke sana...:P


9.  Haggis

Ini pula makanan tradisional orang Scottish. Makanan ini deperbuat daripda hati, jantung dan paru-paru kambing biri-biri yang dicincang dan dicampurkan dengan bawang, rempak, oatmeal dan stok. Setelah itu ramuan ini akan direbus dalam perut biri-biri itu sendiri selama beberapa jam.  Larousse Gastronomique iaitu esiklopedia mengenai hidangan gastronomi mengatakan bahawa "haggis ni mempunyai tekstur yang lembut dan pedas yang baik, serta makanan ini sangat lazat". Haggish ni boleh didapati sepanjang tahun dekat pasar Scottish, so kalau berminat pergilah sana..:P

8. Serangga

Amalan memakan serangga dipanggil sebagai  entomophagy dan merupakan makanan biasa dalam banyak bahagian dunia. Di Bangkok, Thailand, penjualan serangga-serangga yg telah diproses menjadi makanan ni tidak lah luar biasa kerana serangga bagi mereka adalah makan harian yg sedap...(lepas ni habis duit elaun boleh la tangkap lipas, buat santapan). Serangga secara saintifiknya mempunyai kandungan asid lemak serta vitamin yang tinggi. Sebetul-betulnya, tepung yang terhasil daripadan pengisaran dan pengeringan mealworm seringkali digunakan untuk buat biskut cip coklat (!!!????).

7. Tiram pergunungan berbatu.

Mesti korang rasa apa yang pelik tentang tiram kan? Hakikatnya ini bukanlah tiram yang boleh didapati dari dasar lautan, tetapi ini merupakan nama gelaran bagi buah zakar goreng. (yuksss!) tapi jangan salah sangka, ini bukan buah zakar manusia, ini merupakan buah zakar kerbau, lembu dan babi. 

6. Unta sumbat

Selalunya kita dengar mengenai sotong sumbat, tauhu sumbat..tak pernah juga dengar pasal UNTA SUMBAT. adeeeiii. Ok, inilah makanan tradisional masyarakat Badwi. Untuk membuat hidangan ni, seekor SEEKOR  unta, SEEKOR kambing  dan SEEKOR ayam seta telur dan beras diperlukan. Caranya ialah dengan menyumbat kambing ke dalam badan unta, then ayam dusumbat kedalam kambing dan ayam itu nanti akan disumbat dengan telur dan beras. Unta ni nanti akan dibakar/dipangang sehingga masak...adeii....makanan ni dah masuk The Guinness Book of World Records dah, sebab makanan terbesar dekat muka bumi ni. Satu kampung boleh makan ni.

5. Hakarl

Anthony Bourdain iaitu seorang yang terkenal dengan memakan makanan-makanan pelik di dunia, mengatakan bahawa hakarl merupakan yang paling jijik yang pernah dia makan. Diperbuat daripa gutting a greenland atau basking yu dan kemudiannya akan menjalani proses penapaian selama berbulan-bulan. Ini adalah makanan Iceland yang berbau seperti ammonia.

4. Fugu

Fugu merupakan perkataan orang Jepun terhadap ikan yang berhembus racun yang mengandungi racun  tetrodotoxin yang boleh membawa maut. Hanya chef-chef yang terlatih selama dua hingga tiga tahun dan lulus ujian yang berkenaan boleh dibenarkan untuk menyediakan menu maut ini. Merasai menu ini bukan kerana kesedapanya tetapi lebih kepada merasai isi ikan yang boleh membawa maut.

3. Casu Marzu

Ini  merupakan keju yang boleh didapati di bandar Sardinia, Italy. Apa yang uniknya mengenai keju ini ialah, keju ini dihuni oleh larva @ ulat yang hidup! Larva-larva ini sengaja ditambah ke dalam keju ini untuk membantu proses fermentasi yang hampir kepada proses penguraian atau proses pembusukan, di mana titik lemak keju dipecahkan. Ewwww.

2. Sannakji

Sannakji merupakan makanan laut mentah orang Korea, tetapi memakan makan ni lebih mencabar berbanding sushi dan sashimi Jepun. Ini adalah kerana makan ini diperbuat daripada baby sotong kurita, iaitu jejanggutnya shj. Sotong ini akan dipotong dengan minyak bijian oleh chef yang pakar dan berpengalaman supaya semasa dihidangkan jejangut sotong berkenaan masih bergerak-gerak dan hidup. Ini bukanlah hidangan untuk pengecut kerana jika teknik menyedut sotong ni salah, cawan sedutan yang berada di jejangut sotong ini akan melekat di lidah ataupun kerongkong anda!

1. Balut

Balut sentiasa menjadi makanan teratas terpelik dalam setiap senarai makanan pelik di dunia. Makanan ini adalah lebih menakutkan berbanding dengan Sannakji kerana makanan ini ialah embrio ayam atau itik (dll) yang dah berkembang yang hampir wujud bentuk haiwan itu sendiri direbus dan di manakan. YukkkSSS! Makanan ini popular di Filipina, Kemboja dan Vietnam. So, kalau korang nak rasa makanan-makanan pelik ni, pegilah ke tempat seperti yang telah saya nyatakan...hehehee..



Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)