Subhanallah ! Haiwan Yang Mempunyai Kaki Paling Banyak Didunia.

Subhanallah  ! Haiwan Yang Mempunyai Kaki Paling Banyak Didunia.


Orang Malaysia mungkin mengira haiwan pemilik kaki terbanyak adalah lipan  . Tetapi haiwan lipan sebenarnya mempunyai kaki sebanyak 80 hingga 100 pasang . Berbeza dengan haiwan yang ditemui pada tahun 1928 ini , kaki - kakinya berjumlah hingga 750 pasang . Haiwan penyandang gelar kaki terbanyak tersebut dinamakan Illacme plenipes . Sehingga kaki seribu paling layak disematkan pada haiwan ini . Walaupun kakinya ratusan pasang tetapi panjang tubuhnya hanya mencapai 3 cm.




Spesies kaki terbanyak ini kembali dijumpai oleh seorang entomolog bernama Paul Marek . Saintis dari Universiti Arizona itu mendapati haiwan kaki seribu ini di dekat lembah Silicon belum lama ini .


 Penemuan menarik ini disiarkan di jurnal ZooKyes . Marek beserta rakan kerjanya mempelajari Illacme plenipes sedetail - detailnya , terutama pada anatomi tubuhnya yang tidak wajar .

 Marek menyatakan bahawa spesies kaki seribu umumnya hanya mempunyai kaki 80-100 pasang. Tetapi berbeza dengan Illacme plenipes yang mempunyai kaki sebanyak 750 pasang untuk betinanya , sedangkan sijantan mempunyai 500 kaki . Terdapat sutera yang melekat pada seluruh tubuhnya seperti halnya pakaian pada manusia . Illacme plenipes hidup di bawah tanah dengan kaki - kaki yang berfungsi sebagai cakar . Kaki tersebut juga boleh digunakan untuk memanjat dan bergelantungan di bebatuan .




Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)