Penafian Daripada Pengurus Restoran "Nasi Ganja" Ipoh
[Bernama] IPOH – Pengurus Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini hari ini menyangkal keras dakwaan restorannya ditutup susulan penemuan najis manusia di dalam peti simpanan makanan di premis itu.
Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah berkata perkara itu yang disebar menerusi laman sosial sejurus selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan petang semalam, merupakan fitnah yang bertujuan menjejaskan perniagaannya.
"Adakah najis orang kita boleh masak? Kenapa cemburu selepas 55 tahun saya berniaga di sini?," katanya kepada pemberita di sini.
Sambil menegaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 Nov itu atas faktor kebersihan, beliau berkata pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa najis terbabit untuk disalut di sekeliling periuk.
"Kalau ada bukti (saya berbuat demikian) keluarkanlah…," katanya menambah perbuatan tersebut turut menjejaskan imej Perak yang sinonim dengan nasi kandar restorannya yang dikenali sebagai 'nasi ganja'.
Banyak orang kenamaan termasuk menteri dari luar negara datang menjamu selera di sini, justeru bayangkan apa perasaan mereka jika terbaca dakwaan yang dibuat itu, katanya.
Mohd Nihmatullah, 59, juga menegaskan hanya restorannya ditutup manakala Restoran Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa.
Restoran Vanggey juga milik keluarga saya, katanya.
Beliau berkata, restorannya dijangka beroperasi semula Ahad atau Isnin ini selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan susulan.
Restoran terbabit diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan, menurut sumber Bernama.
Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. -15/11/13
P/s: Sesiapa yang menyebarkan paparan skrin yang berkenaan, hentikanlah perbuatan yang terang-terang berunsur fitnah.
Berdasarkan berita RTM, seorang wanita telah mengemukakan permohonan maaf kepada pemilik restoran berkenaan kerana menyebarkan fitnah hingga menyebabkan nama baik restoran itu terjejas.
Menurut laporan berita lain, paparan skrin itu disalin dari dinding FB wanita berkenaan sebelum disebarkan oleh orang ramai.
Sumber
Menurut laporan berita lain, paparan skrin itu disalin dari dinding FB wanita berkenaan sebelum disebarkan oleh orang ramai.
Sumber
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)