Pelik ! Mayat Bangsawan Meninggal 90 Tahun Lalu Digali Untuk Dijadikan Ubat
KUBUR milik bangsawan Sir Mark Sykes yang meninggal 90 tahun lalu digali untuk diambil jasadnya . Oleh saintis , jasad bangsawan itu dianggarkan boleh dijadikan ubat untuk membantu memerangi wabak flu.
Tuan tanah di Yorkshire itu meninggal di Perancis pada 1919 kerana flu Sepanyol. Saintis Inggeris akhirnya menggali kuburnya kerana percaya bahawa jenazah Mark mengandung DNA flu Sepanyol yang mempunyai persamaan struktur genetik dengan flu moden.
Hal ini didasarkan hasil penemuan saintis AS tahun lalu , bahawa DNA flu Sepanyol boleh dibuat ubat untuk mencegah wabak flu moden. Kerana itu mereka memilih jenazah Sir Mark untuk dijadikan ubat .
Seperti dilaporkan BBC, mahkamah tempatan kemudian membenarkan jenazah Sir Mark yang tersimpan di rumah bersejarah, Sledmere House , dibongkar setelah mendapat izin dari cucunya. Jenazah akan diteliti dalam makmal khusus kedap udara agar tidak tercemar.
Sir Mark meninggal dunia kerana wabak flu Sepanyol yang menewaskan jutaan orang pada akhir Perang Dunia I. Sir Mark adalah politikus yang dicadang menjadi perdana menteri (PM) Inggeris.
Ia pernah ditugaskan di Timur Tengah dan diserang virus itu ketika menempuh perjalanan dari Syria ke London . Ia meninggal dunia pada 16 Februari 1919 di Hotel Lotti selama perundingan perdamaian di Paris .
Sumber
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)