Kisah Sedih Kasihnya Ibu : Susukan Anak Sebelum Nafas Terakhirnya

Kisah Sedih Kasihnya Ibu : Susukan Anak Sebelum Nafas Terakhirnya 


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir,pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu…menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah…


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. tak sedar air mata mengalir baca kisah ni.....sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga...

    ReplyDelete
  2. mashaallah .. kasih ibu hingga ke syurga ... walaupun tgh bertarung nywa .. kasih syg serta tnggungjwb terhadap anak masih tidak dilupakan ...

    itulah kasih seorang ibu yang tidak pernah berbelah bahagi ...

    #sebak bila membaca dan cuba membayangkan situasi tersebut T_T

    ReplyDelete
  3. untung org yang ada ibu.......:(

    ReplyDelete
  4. sedih sgttt....mengalir air mata...

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)