Kebaikan Virgin Coconut Oil Kepada Kaum Ibu Mengandung Dan Menyusu

Kebaikan Virgin Coconut Oil Kepada Kaum Ibu Mengandung Dan Menyusu



Tahukah anda bahawa minyak kelapa dara mempunyai banyak kebaikan untuk ibu mengandung juga bagi ibu yang menyusukan? Kajian menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping itu anak yang disusukan oleh ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ (mcfa) dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. 


Pengambilan & pemakanan minyak kelapa dara juga :

Membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin lagi-lagi jika mula disapukan seawal 7 bulan mengandung dan diteruskan sehingga selepas bersalin. 


Minyak kelapa dara juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia. Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang total health program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihatan), kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam minyak kelapa dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa.


Minyak kelapa dara ini sangat sesuai bagi kegunaan luaran bayi anda yang berumur dari 1 hari hingga 6 tahun. Bahagian yang penting yang perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi, punggung dan bahagian yang mudah terkena serangan ruam lampin, kerengsaan kulit, juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian yang mudah mendapat ruam susu), kulit kering dan melecet. Anda tidak perlu bimbang kerana minyak kelapa dara ini tidak mengandungi sebarang toksin ataupun bahan kimia dan tidak merbahaya jika terkena mata bayi anda.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)