London, Air mani @ Sperma ternyata punyai fungsi selain untuk menyuburkan sel -sel telur- telur wanita melalui proses senggama. Sperma pernah digunakan sebagai tulisan lutsinar yang paling berkesan kerana tidak dikesan oleh wap iodin.
Agen perisikan british atau MI6 menggunakan sperma untuk menulis mesej rahsia semasa Perang Dunia I. Kerana bimbang diketahui musuh, pihak M16 berusaha mencari formula untuk menulis mesej rahsia tanpa dikesan wap iodin yang saat itu merupakan kaedah paling mutakhir dalam mengesan mesej rahsia .
Hal ini terungkap dalam catatan harian seorang wakil ketua perisikan tentera di Perancis , Walter Kirke . Dalam sebuah catatan pada Jun 1915, ia mengungkap adanya permintaan tulisan lutsinar yang tidak mudah dikesan dari pimpinan tertinggi MI6 kepada saintis di London University.
Seperti dikutip dari Telegraph , permintaan itu akhirnya mendapat tanggapan pada bulan Oktober 1915. Dalam surat tanggapan , para saintis ternyata hanya menyarankan agar mesej rahsia ditulis dengan cairan yang sangat mudah didapatkan yakni sperma atau air mani.
Catatan harian itu juga mengungkap betapa gembiranya pemimpin yang namanya dirahsiakan saat mendapat jawapan tersebut . Selain itu kerana mudah didapati , hasil ujian menunjukkan sperma tidak dikesan oleh wap iodin.
Helah ini hanya mencari sedikit kekangan , misalnya saat seorang agen perisik dikeluarkan dari tempatnya bertugas kerana menjadi bahan jenaka saat ketahuan menggunakan sperma untuk menulis. Para agen juga harus sentiasa ingat untuk tidak menggunakan sperma basi jika tidak mahu tulisannya mengeluarkan bau tidak enak.
Catatan-catatan tersebut diterbitkan dalam buku MI6 : The History of the Secret Inteligence Service 1909-1949 karya Prof Keith Jeffery . Buku tersebut diterbitkan Selasa 21 September 2010 dan akan dimuat secara bersambung dalam terbitan berbahasa Inggeris, The Times .
Berikut fakta menarik tentang si air mani :
1 . Lelaki sihat menghasilkan 70 juta hingga 150 juta sel sperma dalam sehari.
Dengan kapasiti pengeluaran sedemikian besar, seorang agen rahsia tidak perlu bimbang kehabisan dakwat .
2. Diet seseorang mempengaruhi bau sperma. Jika tidak ingin air mani berbau tidak sedap, agen rahsia harus mengurangkan penggunaan daging merah , susu , bawang serta kopi dan memperbanyak makan buah -buahan.
3. Sel sperma boleh bertahan selama 10 hari untuk mematangkan diri dan mampu bertahan hidup hingga 2 minggu sebelum dikeluarkan melalui ejakulasi .
4. Jumlah sperma dalam cecair ejakulasi hanya 10 peratus , bakinya terdiri dari pelbagai nutrisi seperti vitamin C, kalsium , protein, natrium, zink , asid sitrik dan gula.
5. Berbanding kapasiti pengeluaran dalam sehari, jumlah sel sperma yang dikeluarkan dalam sekali ejakulasi sangat banyak yakni mencapai 3 kali ganda. Oleh kerana itu untuk mendapatkan tulisan yang berkualiti, seorang agen rahsia dianjurkan tidak terlalu sering ejakulasi.
6. Air mani tidak akan pernah habis.
Hal ini sangat wajar, kerana menurut para ahli, lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)