PANAS!!'Semua orang salah, bukan saya seorang' - Rajagobal

PANAS!!'Semua orang salah, bukan saya seorang' - Rajagobal  




JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal terus mempertahankan dirinya meskipun gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan siri jelajah di Jepun.Terus berdalih tanpa memberi alasan kukuh mengenai prestasi anak buahnya termasuk gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan tersebut, Rajagobal sebaliknya memberitahu semua pihak harus bertanggungjawab.

“Saya kena bertanggungjawab, pasukan kena bertanggungjawab dan pemain juga kena bertanggungjawab. Semua pihak kena bertanggungjawab.“Memang ada masanya kita tidak akan mencapai apa yang kita mahu, apa yang penting pasukan kebangsaan memerlukan sokongan daripada semua peminat,” katanya selepas perlawanan terakhir semalam.

Semalam, hari malang skuad negara berterusan apabila kebangkitan yang diharapkan akhirnya bertukar menjadi igauan ngeri setelah Harimau Malaya diaibkan Tokyo Verdy 0-5.Sebelum itu, Harimau Malaya tewas kepada dua kelab Divisyen Satu Liga Jepun iaitu Shonan Bellmare (0-5) dan Shimizu S Pulse (0-2).

Apa yang pasti, kekalahan semalam pastinya memberikan kesan besar terhadap nasib Rajagobal apabila Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM bersidang hari ini untuk membincangkan kedudukan pengendali kebangsaan itu.Apakah Rajagobal masih berkesempatan membawa cabaran Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain dan Qatar pada Oktober serta November ini?

Biarpun ramai menjangkakan bahawa Rajagobal akan terus membimbing Harimau Malaya, namun ia bukan sesuatu yang mustahil jika pengendali berusia 57 tahun itu diarah meletak jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.Ini kerana, selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini, Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan dan itu jelas satu rekod yang cukup memalukan.

Dua kemenangan itu direkodkan ketika Harimau Malaya menewaskan Yemen 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 22 Mac lalu dan menang 4-0 ketika menentang kelab Australia, Sydney Olympic pada aksi persahabatan bulan lalu.Harimau Malaya dijangka tiba ke ibu negara hari ini selepas ‘berguru’ hampir dua minggu di Jepun sebelum mereka di jadual menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 10 Ogos depan.

Selepas itu, skuad negara bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan pada 10 September sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan.

Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. CUBE PLAK JURULATIH DR LUAR YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN YG LUAS DLM BOLASEPAKDR SEGI LATIHAN DAN TAKTIKAL

    ReplyDelete
  2. dia ingat dia ni raja pe la.. suma dia nk org ikut pala dia je, ....

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)