Gempar!!Suami Dimakan Oleh Dua Rakan Sendiri!

Gempar!!Suami Dimakan Oleh Dua Rakan Sendiri!


gambar hiasan

Moscow: Isteri seorang nelayan warga Russia yang hilang di Siberia mendakwa mempunyai bukti menunjukkan suaminya dibunuh dan dimakan dua temannya.Rangka Andrei Kurochkin ditemui di dalam hutan Siberia dengan kesan dan menurut balunya, Olga, bedah siasat menunjukkan dia memang dimakan dua rakannya seperti yang dipercayai selama ini.

Dua nelayan dituduh membawa mayat suaminya semalaman melalui hutan dilitupi salji, memakan daging mangsa hingga tiada apa lagi yang tinggal selepas kenderaan mereka rosak.Kedua-dua kanibal terbabit, Alexei Gorulenko, 35, dan Alexander Abdullaev, 37, masih bebas walaupun seorang daripada mereka mengaku memakan daging teman nelayannya itu sebelum menarik balik pengakuan berkenaan.

Lelaki keempat dalam kumpulan itu masih hilang, dikhuatiri sudah mati.Bercakap kepada tabloid Komsomolskaya Pravda, Olga berkata: "Saya mempunyai salinan laporan bedah siasat. Ia mengatakan Andrei dibunuh, tubuhnya dikerat sebelum dimakan.

"Punca kematian jelas sekali bukan disebabkan hiportemia atau kelelahan."Menurut Olga, bedah siasat mendedahkan suaminya cedera di kepala akibat diserang dengan pisau, menunjukkan dakwaan Gorulenko dan Abdullaev bahawa rakan mereka mati kerana kesejukan tidak benar.

Kedua-duanya ditemui pada 29 November tahun lalu dalam keadaan kurus kering selepas empat sekawan itu menjalani ekspedisi ke timur Russia pada Ogos tahun sama.Gorulenko dan Abdullaev berkata, mereka terpisah daripada dua rakan yang lain. - Agensi

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. hukum makan orang adalah harus.tapi ada syaratnyalah.nk hurai panjang sangat.

    ReplyDelete
  2. kalo darurat..da xde makanan...so law ade kawan yg da meninggal...boleh amik dagingnya dgn kadar utk hidup....

    ReplyDelete
  3. ko nak mati ke klau xmakan ag2 kat tmpat sejuk

    ReplyDelete
  4. Mcm xde mknan lain kt bumi ni..

    ReplyDelete
  5. kalau dah darurat. daging manusia, anjing, ular, buaya, sume boleh mkn. tp bkn smp mengenyangkan. mkn hnya utk meneruskan hidup.

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)