Terkini!!33 Maut Dalam Nahas Bas Jatuh Gaung Di Lebuhraya Karak!

Terkini!!33 Maut Dalam Nahas Bas Jatuh Gaung Di Lebuhraya Karak!

Takziah kepada keluarga mangsa...Al-Fatihah..

KUALA LUMPUR - Lebih 30 penumpang dikhuatiri maut apabila sebuah bas ekspres dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur jatuh ke dalam gaung sedalam 150 meter di KM3.5 dari Genting Highlands petang ini.
    
Penolong Pengarah Penguasa Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.45 petang.
    
"Daripada 49 penumpang bas itu, seorang daripada 17 yang dapat dikeluarkan telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
    
Beliau berkata dikhuatiri lebih 30 mangsa yang masih berada di dalam bas itu maut, dan kini operasi mengeluarkan mayat sedang dijalankan.
    
Tinjauan Bernama mendapati beberapa buah kenderaan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan ambulans berada di tempat kejadian dan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa.
    
Mereka menggunakan kren untuk menurun dan membawa keluar mangsa yang cedera. - Bernama


Sumber










Update Terkini 7.00pm

33 disahkan terbunuh daripada 49 penumpang kata Penolong Pengarah Penguasa Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail.

Mangsa yang terbunuh dan cedera dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur


Sumber TV1

Share on Google Plus

About kayriel eizham

    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)