Gempar!!Manusia Bersayap Ditemui!!

Gempar!!Manusia Bersayap Ditemui!!

CERITA makhluk seakan manusia mempunyai sayap sering kita dengar atau lihat melalui filem atau drama televisyen.Tetapi, seorang pengamal perubatan alternatif, Khairul Syakirin Abdul Wahab yang berasal dari Kemaman, Terengganu mendakwa pernah berjumpa dan berbual dengan makhluk seakan manusia bersayap.

Katanya, peristiwa itu berlaku tiga tahun lepas.

“Kejadian itu berlaku di Kemaman semasa sedang merawat seorang remaja berumur 14 tahun yang dirasuk jin.

“Kejadian itu menyebabkan keluarga remaja itu sanggup datang dari Johor Bahru, Johor untuk merawat anaknya,” katanya.

Tutur Khairul, dia berkesempatan berbual-bual dengan makhluk tersebut.

Menurut cerita lisan sebelum manusia mendiami bumi ini, terdapat makhluk lain yang mendiami bumi dulu. Mereka ini dikenali sebagai bangsa Polip.Bangsa Polip hidup di bumi jutaan tahun dahulu sebelum manusia.
Uniknya, mereka bukan jin, malaikat atau manusia tetapi fizikalnya seakan-akan manusia cuma mempunyai sayap untuk terbang seperti seekor burung. Khairul memberitahu, makhluk itu memperkenalkan namanya sebagai Mizari.

“Mizari mendakwa telah wujud sebelum manusia tetapi kerana mengingkari perintah Tuhan mereka dihukum tidak mempunyai zuriat selain tidak akan mati.

“Katanya, jumlah mereka sekitar 7,000. Mizari sendiri mendakwa telah hidup selama empat juta 130 ribu tahun,” katanya.

Namun, akhirnya Mizari bersetuju untuk keluar daripada dalam badan remaja tadi tetapi dengan satu syarat iaitu bersalaman dengan kedua-dua ibubapa mangsa terbabit sebagai tanda memohon maaf.

Khairul memberitahu, dia berkesempatan berjumpa dengan Mizari beberapa hari selepas itu.


“Badannya dipenuhi dengan bulu berwarna putih, berwajah manusia yang cukup tampan serta bersayap. Tetapi, saya anggap semua ini mungkin mimpi atau gangguan jin semata-mata.

“Ini kerana tiada bukti bercetak atau rakaman video yang direkodkan mengenai makhluk ini,” ujarnya.

Realitinya, kes sebegini bukan sekadar berlaku di negara ini malah di negara Eropah dan Asia lain seperti Britain dan China.Beberapa tahun lepas, satu kejadian pelik di Derbyshire Countryside, Britain. Seorang warga tempatan menemui sejenis makhluk yang mulanya kelihatan seperti seorang bayi.Namun setelah diamati secara dekat, dia mendapati makhluk tersebut menyerupai seorang manusia tetapi mempunyai sayap.

Menurut laporan ujian makmal, makhluk pelik itu memiliki struktur tulang mirip dengan susunan tulang pada badan manusia bezanya terdapat sedikit rongga seperti serangga.Malah, entiti itu memiliki rupa bentuk mirip manusia dengan dua tangan lengkap dengan lima jari dan dua kaki.

Bahagian kepalanya pula dipenuhi rambut berwarna perang keemasan. Bagaimanapun, saintis Britain mendapati, ia hanya sejenis serangga seakan manusia. Beberapa tahun lepas di Guangzhou, China pula gempar dengan foto wanita tua bersayap yang berpakaian serba putih dan telah mati.

Ramai yang menganggap wanita itu malaikat yang jatuh dari langit. Namun, selepas dua orang mahasiswa sebuah universiti tempatan melakukan penyelidikan terhadap gambar tersebut mereka mendapati, ia palsu dan telah diubah suai. Malah, yang dikatakan sayap tiruan itu sebenarnya sayap ayam.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments:

  1. waaaa cerite kat kawasan aq nih....

    ReplyDelete
  2. pergh... kali pertama dengaq pasal mizari ni.

    ReplyDelete
  3. bangsa polip mcm pnah terbaca dlm novel karya ramli awang murshid...best novel dia cerita laksamana sunan...

    ReplyDelete
  4. Katanya sumpahan tak boleh mati . Tapi kenapa ada yang mati jugak ? Wallahu'alam .

    ReplyDelete
  5. ape pun sifat mereka,suma x mustahil,dia pun hamba allah gak,terpulang nk percaya atau x,kt dunia ni bukan manusia jer ader,mcm2 ader,suma hamba allah yg ade tgungjawab masing2

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Tipu daya jin dan syaitan pada manusia yang mudah percaya dengan menyamar dengan pelbagai nama seperti al-hin- mizari- polip dan pelbagai lagi disebalik pelbagai nama

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)