Sambungan dari Part 1
Zaryl Hakiem Part 2 | Zaryl mula terjebak menjadi seorang 'playboy' kerana pengaruh rakan sebaya.Orang yang paling banyak mempengaruhi Zaryl adalah rakan baiknya sendiri,Zarul Hazieq.Di sebabkan nama mereka yang hampir sama,mereka mula menjadi rapat sejak tingkatan 1 lagi.Sekolah Menengah Sains Teluk Intan menjadi tempat dua sahabat ini menuntut ilmu.Sebelum kedua-dua mereka memasuki sekolah ini,mereka terlebih dahulu bersekolah di kampung masing-masing.
Zaryl belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim manakala Zarul Hazieq di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin,Batu Kurau.Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan sementara menunggu panggilan ke sekolah berasrama penuh atau sekolah bestari,mereka bersekolah di kampung masing-masing.Zaryl mendapat 4A dan 1B manakala Zarul pula 5A.Setelah beberapa bulan menunggu panggilan,Zaryl mendapat panggilan untuk memasuki Sekolah Menengah Anderson,Ipoh iaitu salah sebuah sukan yang terkenal di Malaysia.
Sekadar hiasan
Zaryl bukanlah seorang atlit seperti pelajar yang mendapat tempat di sekolah itu,tetapi atas prestasi pelajarannya yang bagus.Sekolah itu ada menempatkan beberapa kelas untuk pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.Zaryl memasuki sekolah yang kebanyakkannya adalah lelaki di sebabkan tiada tawaran lain yang dia terima.Setelah beberapa bulan,memasuki bulan Julai,sekali lagi Zaryl mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.Kali ini memasuki sekolah bestari,iaitu antara sekolah yang terpilih di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.Di sekolah itulah dia bertemu Zarul yang lebih awal mendaftar dan belajar.
Zarul Hazieq,seorang pelajar pintar,memiliki rupa paras yang sememangnya menjadi pujaan dan kegilaan gadis-gadis yang memandangnya.Raut wajah yang putih,jernih dan tampan,susuk tubuh yang tegap dan agak tinggi membuatkannya menjadi tarikan ke mana sahaja dia melangkah.Ketampanannya lebih terserlah dengan susunan kata-kata yang mampu mencairkan setiap gadis yang cuba dihampirinya.
"Nama saya Zaryl Hakiem bt Mustaffa.Saya berasal dari Kulim Kedah.Sebelum ni saya bersekolah di Sekolah Menengah Anderson,Ipoh." Zaryl memperkenalkan diri di hadapan kelas.
Terasa gugup berucap di hadapan kelas yang memuatkan 27 org pelajar itu.Semua mata memandang ke arah Zaryl dengan penuh khusyuk.Shima dan Anis berbisik-bisik sesuatu tentang Zaryl."Boleh tahan jugak budak baru ni ye,"kata Shima kepada Anis."Ada peluang nak mengorat ni,"balas Anis."Shima,Anis,boleh kongsikan kepada kelas apa yang kamu berdua bisikkan.Semua pasti ingin tahu apa yang sedang kamu bincangkan."tiba-tiba suara Cikgu Fatimah mencelah perbualan mereka.
Bersambung..
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)