Blog perkongsian berkenaan kisah-kisah misteri seluruh dunia, kisah benar, kisah pengajaran, berita tergempar, gambar pelik dan rare serta perkongsian artikel ilmiah.
Terkini!!Rampasan kuasa Mesir!Akhirnya terjadi juga | Parti Refah pimpinan Dr Necmettin Erbakan menang besar dalam pilihanraya Turki pada tahun 1996. Dr Necmettin dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bertahan selama 9 bulan kerana digulingkan oleh tentera yang menjadi pelindung setia kepada sistem sekular Turki pada tahun 1997.Pada tahun 1998, Parti Refah telah diharamkan dengan pelbagai pertuduhan manakala Dr Necmettin tidak dibenarkan aktif dalam arena politik Turki.
Beliau dianggap pesalah yang harus dikenakan hukuman penjara 2 tahun tetapi dibebaskan serta mendapat pengampunan selepas itu dari Presiden Abdullah Gul dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).Sejarah seakan berulang kembali, Dr Mohammed Mursi dari Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Mesir dilantik sebagai Presiden pilihan rakyat pada tarikh 30 Jun 2012 setelah memenangi Pilihanraya Presiden dengan mendapat 51.7 peratus undi.
Dr Mursi merupakan Presiden Mesir pertama yang dipilih melalui pilihanraya secara demokratik, selain merupakan orang awam pertama yang memegang jawatan tersebut.Menjelang dinihari pagi 4 Julai 2013, kira-kira setahun empat hari mentadbir Mesir dengan, Ketua Majlis Angkatan Bersenjata Mesir, Jeneral Abdul Fatah As-Sisi dengan disokong Syeikh al-Azhar lantikan Hosni Mubarak, Ahmed al-Tayyeb, mengistiharkan rampasan kuasa.
Walaupun dinafikan oleh pihak tentera bahawa ia adalah rampasan kuasa, apa lagi istilah yang boleh digunakan apabila apabila Pasukan Pengawal Republik menduduki stesyen televisyen, menangkap ketua stesyen TV Misr25, mengarahkan pihak lapangan terbang menyekat perjalanan pemimpin Ikhwan, beribu orang tentera berkonvoi di jalan-jalan utama Kaherah, kereta kebal memenuhi jalan-jalan, maka apa lagi istilah yang sesuai digunakan kalau ini bukan rampasan kuasa.
Berita yang diterima melaporkan Morsi dikenakan tahanan rumah. Kita meyakini susulannya dari rampasan kuasa ini, Mursi, pimpinan FJP dan Ikwan Muslimun akan dihadapkan dengan pelbagai pertuduhan yang direka-reka selepas ini sebagai alasan untuk proses penangkapan secara besar-besaran.
Di kalangan pemimpin Negara ummat Islam, Perdana Menteri Turki kelihatan paling tegas dan bermaruah di dalam isu ini apabila secara jelas mengistiharkan bahawa Turki tidak mengiktiraf rampasan kuasa yang tak bertamaddun ini dan akan terus berurusan dengan kerajaan yang sah pilihan rakyat pimpinan Presiden Mursi.
Kita tentunya memandang sinis dengan kenyataan Presiden Obama yang mengesa supaya dipulangkan semula kuasa pemerintahan Mesir kepada kerajaan pilihan rakyat. Manakan tidak, ketika seluruh dunia memaklumi bagaimana dokongan kukuh Obama kepada Yahudi Israel dan segala polisi zalim mereka terhadap Palestin. Sedangkan polisi Mursi adalah membela Palestin dan anti Israel. Tiba-tiba seolah-olah Obama sebagai bapak pelindung Israel ingin menunjuk baik. Sungguh inilah telunjuk lurus kelinking berkait!Kredit
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)