Subhanallah!!Khinzir berkepala dua dengan satu mata

Subhanallah!!Khinzir berkepala dua dengan satu mata

HAIWAN berkepala dua adalah amat jarang ditemui dan agak pelik bila dilihat dan bukan tergolong dalam kejadian alam yang biasa ianya luarbiasa.



Kalau korang nak tau ape yang kita lihat ini adalah boleh dikatakan satu keadaan atau dikenali sebagaipolycephaly, termasuk yang berlaku kepada manusia. Beberapa haiwan yang pernah dicatatkan dilahirkan berkepala dua termasuklah lembu, ular, cicak, kura-kura, anjing, kucing dan ayam.

Perkataan polycephaly sebenarnya berasal daripada dua perkataan iaitu Yunani: poli, yang bermaksud "banyak" dan kephala, yang bermaksud "kepala."

Khinzir berkepala dua dengan satu mata, dilahirkan di ladang babi Xiao Jintu, yang terletak di kawasan yang jauh di Changtai County,Fujian.

"Saya telah memelihara babi selama 15 tahun dan saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini sebelum ini. Kami tahu ada sesuatu yang berbeza kerana kepalanya begitu besar dan kami terpaksa membantu ketika ibunya melahirkan", kata penjaga ladang ternak itu.

"Hanya seekor dari lima ekor anak babi yang dilahirkan itu dan ia belum diberi nama. Keunikannya itu akan menyelamatkannya dari disembelih untuk dimakan apabila dewasa. Daripada menjadi makan malam ham seseorang, satu penghormatan bagi haiwan yang bernasib malang ini", tambah pekerja ladang itu lagi.

Khinzir berkepala ini bukan yang pertama yang pernah dilahirkan, tetapi ia adalah kes yang terbaru. Mutasi gen yang menyebabkan terhasilnya keunikkan haiwan ini. Contoh macam yang berlaku kat jepun,arnab mutan lahir di sebabkan mutasi gen yang menyebabkan arnab tersebut tiada telinga.



Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. MASHA'ALLAH!SUBHANALLAH!INILAH FITNATULLAH AL-MASIH AL-DAJJAL..!!!YA ALLAH!!

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)