Panas!!Pasangan Alvin Tan Dan Vivian Lee Dipenjarakan
Nampaknya satu tindakan tegas diambil oleh Mahkamah Sesyen apabila tidak membenarkan pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dan mereka akan dipenjarakan. Baca laporan penuh yang dipetik dari AstroAwani.Com.Pasangan Alvin Tan Dan Vivian Lee Dipenjarakan
KUALA LUMPUR: Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.
Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan. Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.
Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.
Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh diiacarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.
Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.
Pasangan Alvin Vivian atau menggelarkan mereka sebagai ‘Alvivi’ itu telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.
Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO. – Astro Awani Fuh
Bg penampo tnpe henti!!!!
ReplyDeleteBg penampo tnpe henti!!!!
ReplyDeletePenjarakan trus mereka ni... xyah nk bicara lama2... kes mmg sgt jelas depa hina Islam kita
ReplyDelete