Jika unsur penagihan berulang daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya

Jika unsur penagihan berulang daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya | PUTRAJAYA: Daun ketum atau yang sama jenis dengannya boleh diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya jika terbukti mempunyai unsur dadah yang menyebabkan penagihan berulang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sekadar Hiasan

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya sedang meneliti laporan daripada Kementerian Kesihatan dan berbincang mengenai perkara itu."Jika ia berada pada tahap yang mengikut pakar perubatan dari segi penagihan boleh menyebabkan berlakunya penagihan berulang maka tentu Akta Dadah Berbahaya boleh dipinda untuk memasukkan daun ketum atau sama kategori dengannya untuk diletakkan dalam kategori itu.

"Jika akta yang ada sekarang ini mencukupi untuk meletakkan daun ketum sebagai satu unsur dadah berbahaya, tentu ia boleh dilakukan dari segi pentadbiran untuk menguatkuasakannya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari AntiDadah Antarabangsa di sini hari ini.Khamis lepas seorang Ahli Parlimen mengulangi gesaan agar undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum diletak di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding Akta Racun 1952.

Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) berkata gesaan itu berikutan masalah ketagihan daun ketum dalam kalangan anak muda di negara ini, terutama di kawasan utara, semakin serius sehingga melibatkan pelajar sekolah.Sementara itu, Zahid berkata sehingga tengah malam tadi skuad khas bagi membanteras dadah yang baru ditubuhkan kementerian menahan 200 pengedar dadah dengan kebanyakan tangkapan dibuat di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ditanya sama ada skuad khas ini akan turut melibatkan Polis Antarabangsa (Interpol), Zahid berkata setakat ini ia tidak melibatkan Interpol."Tetapi kita bekerjasama dengan Interpol mengenai sindiket dadah. Skuad khas ini hanya untuk kegiatan dadah Malaysia. Jika ia melibatkan sindiket antarabangsa memang kita akan sentiasa bekerjasama dengan Interpol," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Zahid berkata 67 peratus penagih dadah yang dikesan tahun lepas adalah remaja dan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun.Dengan penubuhan Skuad 1Malaysia iaitu sukarelawan antidadah di kalangan remaja dan belia yang kini mencecah 255,256 orang, Zahid berharap ia akan membantu memberi kesedaran mengenai bahaya dadah. - BERNAMA BH
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)