HEBAT!!Potong rambut pakai lilin tuu!!


Anda ingin memotong rambut dengan cara yang berbeza, tanpa meninggalkan 'sampah' rambut yang membuat gatal di leher?
Datanglah ke salon milik Aqueel Kiratpuri. Dia akan memangkas rambut anda dengan api lilin. Dijamin bersih tanpa perlu 'sampah' potongan-potongan rambut dan dijamin selamat.
sekadar hiasan
Kaedah yang diterapkan Aqueel di salonnya ternyata diminati ramai dan membuatnya terkenal. Salonnya yang terletak di Lokhandwala,Mumbai,India tak pernah sepi dari pengunjung.
Aqueel, 44, mengatakan bahawa kaedah potong rambut pakai lilin sebenarnya tradisi lama, tidak saja di India tapi juga beberapa negara Asia. Tradisi ini menghilang seteelah gunting mulai diperkenalkan.
"Ayah dan nenek moyang saya tetap mempertahankan tradisi ini, sentiasa menggunakan lilin untuk memotong rambut dengan penuh gaya," katanya.
Aqueel berkata dia menghabiskan lima meter lilin setiap hari.
"Dengan gunting, potongan rambut berselerakan di mana-mana. Kalau pakai lilin rambut terbakar habis, jadi tidak menimbulkan sampah."
Aqueel menghabiskan waktu sekitar sejam untuk memotong rambut seorang pelanggan. Ini bermakna masa yang diambil lebih lama berbanding dengan kaedah menggunting. Namun para pelanggan sama sekali tidak keberatan. Bahkan salonnya turut dikunjungi beberapa bintang Bollywood.
Memotong rambut menggunakan kaedah lilin memerlukan kepakaran yang tinggi kerana jika silap sedikit rambut akan terbakar keseluruhannya. JADI ANDA JANGAN MENCUBA-CUBANYA DI RUMAH!- Aneka Tips
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)