'Hantu" terperangkap dalam tembok 7 jam

'Hantu" terperangkap dalam tembok 7 jam

Beijing: Seorang wanita di timur China yang ingin melalui jalan pintas untuk pulang ke rumah terperangkap dalam sebuah tembok selama tujuh jam kerana penduduk menyangkanya hantu.


Jalan susur itu bagaimanapun menjadi sangat sempit menyebabkan dia tersepit di dalamnya, lapor televisyen kerajaan CCTV.


Disebabkan jalan untuk berpatah balik terlalu jauh, wanita dari wilayah Anhui, China itu memilih laluan itu sebelum terperangkap dalam tembok konkrit berkenaan.

Jeritannya tidak membantu kerana penduduk menyangka ia suara hantu.


Akhirnya, seorang penduduk yang melalui kawasan itu menyedari bahawa jeritannya itu benar-benar suara manusia sebelum menghulurkan bantuan.


Dalam rakaman video, anggota bomba dilihat memecahkan bahagian dalam tembok konkrit itu bagi mengeluarkan wanita berkenaan. Menurut laporan media tempatan, operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit. - Agensi HM
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. box iklan tu kalau click close still not function

    ReplyDelete
  2. hantu la sangat~ =..=' annoying tol

    ReplyDelete
  3. dh genius sangat.. semua pn boleh jadi, lol

    ReplyDelete
  4. di china memang paling teramai yang tercekik, tersepit, terselit, tersangkut, tertembak, termati...

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan jamboree sutama. Macam2 hal

    ReplyDelete
  6. tekan je support us hilang kotak tu hahahhaha

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)