Gadis 16 tahun khayal geng pecah rumah

Gadis 16 tahun khayal geng pecah rumah | MUAR  - Seorang remaja perempuan antara lima ahli kumpulan pecah rumah yang ditahan melibatkan rampasan bernilai kira-kira RM70,600 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh, di sini, kelmarin.Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, remaja berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah itu bersama rakannya berumur lingkungan 30an ditahan sekitar jam 6 pagi dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah.


“Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan telah menemui sebuah kereta Proton Waja yang dicuri di Kandang, Melaka awal tahun lalu.“Selain itu, tiga paket kecil dipercayai dadah jenis syabu, 10 biji pil Eramin 5, satu komputer riba dan enam telefon bimbit juga dijumpai.

“Polis turut menemui peralatan pecah rumah seperti empat bilah parang, sebilah kapak, dua topeng muka dan satu besi pengumpil termasuk barang-barang seperti satu lesen memandu dan tiga kad kredit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, semalam.

Azman berkata, selain remaja perempuan itu, kumpulan berkenaan terdiri daripada suspek utama berusia 30an merupakan seorang peniaga buah-buahan, manakala tiga yang lain berumur 20an.Katanya, dua daripada lima suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kedua-duanya disabitkan kesalahan pada 2009.“Melalui saringan ujian air kencing, semua suspek positif dadah jenis syabu dan direman bermula semalam sehingga Isnin ini.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengesan kemungkinan ada saki baki ahli kumpulan yang masih bebas juga kes-kes lain yang dilakukan suspek,” katanya.Beliau berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan empat kes jenayah berkaitan ragut, samun dan curi kereta yang berlaku di Muar dan Melaka.“Kes disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 379A, Seksyen 397 dan Seksyen 392 kanun keseksaan serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.SH


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)